Ahad, 29 April 2018
DAP Peralatkan Kaum India, Kata Isteri M. Manoharan
S. Pushpaneela isteri kepada bekas ADUN DAP Kota Alam Shah, M. Manoharan mendedahkan DAP merupakan sebuah parti yang memperalatkan kaum India untuk mencapai cita-cita partinya.
Dedahnya, DAP menggunakan keluarganya termasuk anak-anaknya untuk menggambarkan DAP adalah sebuah parti yang berbilang kaum, namun memingirkan mereka selepas cita-cita parti itu tercapai.
Pada PRU 12, suaminya, M Manoharan diberi peluang bertanding di kerusi DUN majoriti pengundi Cina di Kota Alam Shah dan menang walaupun ketika itu beliau ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana dituduh mendalangi perhimpunan haram dan mencetuskan ketegangan kaum.
M Manoharan adalah salah seorang daripada lima pemimpin Hindu Rights Action Force (Hindraf) yang ditahan ISA; empat yang lain adalah P. Uthayakumar, R. Kengadharan, V. Ganabatirau dan T. Vasanthakumar.
Walau bagaimanapun selepas M Manoharan dibebaskan daripada tahanan ISA, DAP telah menggugurkan namanya daripada kekal bertanding di DUN Kota Alam Shah.
DAP kemudiannya memberi DUN itu kepada V. Ganabatirau.
Isteri M Manoharan melihat permainan DAP itu sebagai ketidakadilannya kepada keluarganya.
“Saya telah berkempen dan bekerja bersama suami saya di Kota Alam Shah sejak pilihan raya umum ke-12.
“Saya telah berkhidmat dengan penduduk dan menguruskan pusat perkhidmatan Kota Alam Shah selama setahun sementara suami saya ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri,” katanya dalam satu kenyataan media.
Justeru itu, S. Pushpaneela merayu kepada DAP agar mencalonkan dirinya bertanding pada PRU 14.
Pada PRU 13, M Manoharan telah mengkritik DAP kerana lebih mengagungkan pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng berbanding pengasas sebenar parti itu, bekas Presiden Singapura, CV Devan Nair.
M. Manoharan mendakwa, ini berikutan DAP sukar menerima kematian Chin Peng dengan dilihat begitu agresif mempertahankan ketua komunis itu berbanding pengasas DAP itu sendiri.
Malah, kata beliau, parti tersebut seolah-olah sudah ‘memadamkan’ Devan Nair yang juga merupakan bekas Setiausaha Agung parti itu.
Jelasnya, DAP tidak pernah memberi penghormatan dan penghargaan yang secukupnya kepada Devan Nair sehingga saat ini berbanding ‘pemimpin’ lain dalam parti.
“Layanan ini sungguh berlainan jika mahu dibandingkan dengan Chin Peng yang meninggal dunia baru-baru ini. Rata-rata pemimpin DAP menunjukkan sokongan terhadap perjuangannya, ada juga Ahli Parlimen DAP dan penyokong yang telah memberikan penghormatan terakhir di Thailand, blog juga penuh dengan cerita Chin Peng. Devan Nair langsung tiada.
“Apakah jenis jasa Chin Peng terhadap parti jika dibandingkan dengan Devan Nair? Penyokong parti juga ingin tahu mengapa Devan Nair seolah-olah sudah dilupakan, saya mohon DAP untuk segera betulkan keadaan ini,” katanya.
Devan Nair merupakan satu-satunya pemimpin PAP yang berjaya memenangi kerusi Parlimen di negara ini dalam Pilihan Raya Umum Kedua pada 1964 iaitu semasa Singapura masih sebahagian daripada Malaysia.
Bekas Ahli Parlimen Bangsar itu seterusnya mengasaskan DAP setelah Singapura berpisah daripada Malaysia pada 7 Ogos 1965.
Beliau kemudian kembali ke Singapura dan dilantik sebagai Presiden republik itu mulai 23 Oktober 1981 hingga 27 Mac 1985.
Kata Manoharan lagi:
“”Potret Devan Nair tidak pernah digantung di mana-mana, tidak pernah ada apa-apa program yang dibuat untuk memperingati hari lahir atau kematian beliau dalam parti, malah tidak ada maklumat atau biodata beliau dalam laman rasmi DAP atau Roketkini.
“Adakah ini adil dan sesuatu yang betul? Beliau adalah pengasas parti ini. Mengapa mahu dilupakan begitu sahaja? Tidak ramai yang tahu perjuangan dan pengorbanan Devan Nair, bukankah parti bertanggungjawab menjaga sejarah ini.”
LIHAT VIDEO DI SINI
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan