Ahad, 15 April 2018

Dr M: Jual The Loaf boleh dapat dana pilihan raya

 
Malangnya kata pengerusi PPBM itu beliau gagal mendapatkan pembeli untuk perniagaan rotinya.




PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau mahu menjual francais bakeri The Loaf bagi membantu kewangan kempen pilihan raya parti pimpinannya tetapi gagal mendapat pembeli.

“Saya tidak mendapat pembeli…dan saya juga tidak mampu menampung kerugian, jadi saya terpaksa menutupnya,” katanya lapor akhbar The Straits Times Singapura sewaktu mengadakan “walkabout” di Langkawi semalam.

Bekas perdana menteri itu yang kini mengetuai pakatan pembangkang 4 parti, Pakatan Harapan, berkata, seorang bakal pembeli didatangi pegawai lembaga hasil dalam negeri yang “menuntut beliau membayar banyak cukai”.

“Beginilah caranya kerajaan menekan rakyat supaya tidak menyokong pembangkang,” katanya kepada akhbar itu.

The Loaf, yang membuka outlet pertama di Langkawi pada 2006 menghentikan operasi pada 12 April.

Semalam, Mahathir menafikan memiliki syarikat itu.

“Saya hanya ada 200 unit saham dalam sebuah syarikat tembakau dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang dihadiahkan kepada saya sewaktu melancarkan produk PNB (semasa menjadi perdana menteri),” katanya.

Tiada ulasan: