Ahad, 29 April 2018

Sultan Johor nasihat tidak tanding bebas dan Puad patuh



Puad meletakkan jawatan sebagai Pengarah JASA dan mengugut akan bertanding calon bebas namun tidak mengotakan katanya hari ini.


Bekas Pengarah JASA, Datuk Puad Zarkashi berkata, beliau mengambil keputusan tidak bertanding atas tiket bebas setelah mendapat nasihat daripada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Johor.

“Sebagai rakyat Johor yang setia kepada Rajanya saya patuh kepada titah Tuanku Sultan Johor kerana saya yakin sudah tentulah Tuanku memberikan nasihat itu atas kepentingan ‘Bangsa Johor’,” kata Puad dalam satu kenyataannya.

Kata Puad, beliau juga menjunjung kasih terhadap Tuanku Sultan Johor di atas keperihatinan, tunjuk ajar dan nasihat beginda yang sudah tentu banyak hikmahnya.

Puad mengaku, banyak pihak cuba menghubungi beliau untuk mendapatkan penjelasan kenapa saya membatalkan hasrat untuk bertanding sebagai calon bebas di P150 Parlimen Batu Pahat.

“Sebagai bangsa Johor, saya akhirnya mengambil keputusan tidak bertanding atas tiket bebas setelah mendapat nasihat daripada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Johor,” dalam kenyataan itu.

Tiada ulasan: