Roketkini.com
Amaran Menteri Besar
Khaled Nordin agar rakyat Johor tidak ‘bereksperimen’ untuk memilih
Pakatan Harapan sebagai kerajaan baru negeri ini pasca PRU14 hanyalah
menzahirkan sikap tidak yakin beliau terhadap kemampuan BN.
Meminjam istilah
digunakan Khaled sendiri, kebimbangan beliau memiliki asasnya lantaran
rakyat di Pulau Pinang dan Selangor telah terbukti amat berpuas hati
sewaktu mereka ‘bereksperimen’ memilih Pakatan dalam PRU 2008. Bahkan,
sokongan mereka meningkat lagi dalam PRU13.
Untuk rekod, Pakatan
Rakyat berjaya memenangi 29 daripada 40 kerusi DUN Pulau Pinang pada PRU
2008. Di Selangor pula, Pakatan Harapan menang selesa dengan 34 kerusi
DUN berbanding BN 22 kerusi.
Di peringkat
persekutuan pula, Pakatan telah memenangi 9 parlimen daripada
keseluruhan 13 kerusi di Pulau Pinang manakala 16 parlimen daripada
keseluruhan 22 kerusi di Selangor.
Selepas 5 tahun
pentadbiran, kita dapat menyaksikan peningkatan sokongan rakyat kepada
Pakatan.
Di Pulau Pinang, Pakatan memenangi 30 kerusi DUN manakala 44
kerusi DUN di Selangor dalam PRU13.
Sebenarnya,
peningkatan sokongan rakyat ini juga telah berlaku di Johor. Dari 1
kerusi parlimen, Pakatan berjaya mendapat 3 lagi kerusi tambahan
manakala dari 6 kerusi DUN telah bertambah menjadi 18 kerusi pasca PRU
2013.
Justeru, sememangnya wajar bagi Khaled untuk berasa tergugat dengan kemaraan rakyat yang mahukan perubahan menjelang PRU14 ini.
Pun begitu, Pakatan
Harapan Johor ingin menasihatkan Khaled agar memberikan perhatian yang
lebih terhadap survival politik beliau sendiri. Usah ‘jaga tepi kain
orang’, anda sendiri belum tentu selamat.
Tindakan Khaled yang
mahu bertanding di dua kerusi dalam PRU14, masing-masing di kerusi
Parlimen Pasir Gudang dan DUN Permas menimbulkan satu tanda tanya.
Apakah ada gerakan tersusun oleh BN yang mahu menamatkan riwayat politik
Khaled selepas sepenggal ‘bereksperimen’ mengangkat beliau sebagai
Menteri Besar Johor?
Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin Hj Mohd Yassin (Pengerusi PAKATAN HARAPAN Johor)
Datuk Dr Shahruddin Md Salleh (Pengerusi PPBM Johor)
Aminolhuda Hassan (Pengerusi AMANAH Johor)
Hassan Karim (Pengerusi PKR Johor)
Liew Chin Tong (Pengerusi DAP Johor)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan