OLEH ERMIZI MUHAMAD
AMPANG: Fitnah jahat terhadap pentadbiran Selangor akan terus mendapat
liputan meluas media kawalan pihak tertentu ketika musim pilihan raya
ini, kata Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.
Justeru
kata Naib Presiden Pakatan Harapan itu, rakyat disaran untuk tidak
terpengaruh dengan sebarang adu domba dan politik tidak benar yang
sering dilaporkan media tidak bertanggungjawab itu.
“Pernah anda lihat laporan benar terhadap Selangor di televisyen dan media kawalan mereka pada setiap jam 8 malam?
“Tak
ada. Nak bagi saya 5 minit di televisyen mereka? Riuh tabur fitnah dan
sebab itu saya gunakan kesempatan dengan mendekati rakyat dan
menyampaikan fakta sebenar terhadap Selangor.
“Tidak mustahil minggu ini akan lebih banyak laporan tidak benar dipaparkan. Serabut kepala kita.
“Tapi
tak mengapalah, tutup saja berita 8 malam itu,” katanya ketika berucap
pada majlis penyerahan bantuan di Ampang Tambahan, semalam.
Mohamed
Azmin tidak menamakan mana-mana pihak atau agensi berita yang didakwa
melaporkan berita tidak sahih terhadap pentadbiran negeri.
Namun
kenyataan itu dipercayai merujuk kepada media kawalan Umno, TV3 yang
sering melaporkan berita berat sebelah terhadap pentadbiran Pakatan di
Selangor dan Pulau Pinang.
“Dulu saya belajar, di Malaysia ini ada
14 negeri. Tetapi sekarang setiap malam seperti di Malaysia ini cuma
ada dua negeri sahaja iaitu, Selangor dan Pulau Pinang,” sindir Mohamed
Azmin.
Sementara itu, rakyat masih boleh mendapatkan akses berita
sahih terhadap pentadbiran negeri dan isu-isu di Selangor dengan tepat
menerusi akses berita Media Selangor, menerusi SelangorKini dan TV
Selangor.
Bagi Pulau Pinang, orang awam boleh merujuk portal berita, Mutiara.=EZY=
Tiada ulasan:
Catat Ulasan