Ahad, 22 April 2018

Tujuh rumah terjejas akibat banjir kilat

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
PONTIAN: Sebanyak tujuh buah rumah di Jalan Mohsin, Parit Sikom, dekat sini dilanda banjir kilat petang semalam menyebabkan 30 mangsa dipindahkan ke Balai Raya Pekan Parit Sikom.
 
Menurut Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia ( APM ) Daerah Pontian, Mohd. Khairul Anuar Ishak, hujan lebat selama dua jam menyebabkan air melimpah masuk ke rumah mangsa.
 
Katanya, semua mangsa dipindahkan pada pukul 6.30 petang semalam oleh penduduk kampung dengan bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).
 
“Semua bantuan awal seperti makanan serta keperluan lain telah disalurkan Jabatan Kebajikan Masyarakat ( JKM ) selain pemantauan kesihatan oleh Klinik Kesihatan Ayer Baloi,” katanya ketika dihubungi.
 
Sementara itu, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan singgah melawat mangsa selepas menghadiri taklimat persiapan jentera pilihan raya di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Parit Sikom.
 
 
 

Tiada ulasan: