PULAU PINANG: Parti Gerakan dan MCA masing-masing akan bertanding di
empat kerusi Parlimen di negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-14
(PRU14).
Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Teng Chang Yeow berkata, bagi
kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pula, Gerakan akan bertanding di 13
kerusi manakala MCA meletak calon di 10 kerusi.
“Sementara itu, satu lagi parti komponen BN, MIC pula diberi tugas
membawa cabaran BN di dua kerusi DUN. Kita hanya akan tahu kawasan mana
selepas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tentang
calon BN nanti,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Sebelum ini, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Zainal
Abidin Osman mengesahkan parti itu akan bertanding di lima kerusi
Parlimen dan 15 kerusi DUN.
Dalam Pilihan Raya Umum Ke -13 (PRU-13), BN berjaya memenangi 10 kerusi
DUN dan tiga kerusi Parlimen manakala DAP menang 19 kerusi DUN; PKR
(10) dan Pas (satu).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan