Rabu, 4 April 2018

Penjawat awam terima kenaikan gaji

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan kenaikan gaji kepada 1.6 juta penjawat awam berkuatkuasa mulai 1 Julai 2018.
 
Najib berkata, kerajaan bersetuju memberi kenaikan gaji bersamaan satu kenaikan gaji tahunan dengan implikasi kewangan sebanyak RM1.46 bilion ringgit 
 
Beliau berkata ini bermakna penjawat awam mendapat tahunan 1 lagi kenaikan gaji tahunan disamping pergerakan gaji tahunan yang diterima bagi tahun ini.
 
Najib mengumumkan perkara itu, ketika berucap dalam Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-16 (MAPPAXVI) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.
 
Selain itu beliau turut mengumumkan:-
 
2- Pemendekan tempoh time-based kali kedua kepada kumpulan pelaksana daripada 13 tahun kepada 10 tahun mulai 1 Januari 2018.
 
3- Mewujudkan lapisan Gred 56 bagi skim pegawai perkhidmatan pendidikan (berkuatkuasa 1 Januari 2019).
 
4- Pemanjangan kemudahan perubatan kepada ibu bapa bagi pegawai lantikan kontrak warganegara (berkuatkuasa 1 Julai 2018).
 
5- Dana tahunan kepada Cuepacs RM3 juta setahun.
 
6- Kemudahan cuti tanpa rekod keagamaan kepada penjawat awam bukan islam maksimum 7 hari (berkuatkuasa Januari 2018).
 
7- Satu peratus Kenaikan kadar pencen tahunan secara one off untuk tahun 2018 sebagai tambahan kepada 2% yang diterima pesara pada 1 Januari 2018.
 
8- Pemberian Geran Khas RM1 juta kepada Persatuan Pesara bagi tahun 2018
 
9.- Menetapkan kuota haji untuk persatuan pesara kerajaan.
 
 

Tiada ulasan: