KOTA BHARU: Pimpinan PAS Kelantan tidak terkesan dengan dakwaan ramai ahlinya beralih arah kepada Umno.
Sebaliknya, menurut Setiausaha PAS Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat
Nawi, tindakan begitu menunjukkan satu petanda bahawa negara akan
menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 dalam waktu terdekat.
"Apabila kita semak, mereka ini (ahli) yang memang bermasalah. Yang
selalu ada masalah dengan wakil rakyat sebelum ini dan wakil rakyat
baru. Tapi dalam parti bermasalah macam mana pun kita tetap jaga.
"Bila tiba musim pilihan raya, adalah yang dipujuk (masuk Umno) tetapi
tidaklah dengan jumlah seperti diperbesarkan," katanya sebagaimana
memetik laporan Malaysiakini.
Respon itu merujuk kepada tindakan 50 ahli PAS di Pasir PAS keluar parti dan menyertai Umno pada Jumaat lalu.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed
ketika menerima borang penyertaan itu berkata parti itu akan menerima
lebih ramai lagi ahli baru.
Che Abdullah bagaimanapun enggan ambil kisah terhadap usaha keluar parti itu.
"Tetapi PAS tak pandang mudah kerana bagi kita setiap orang pengundi
cukup penting, memang ada segelintir yang kecewa dengan macam-macam
sebab, cuma kalau jauh dengan pilihan raya, isu itu tidak dibangkitkan.
"Sebaliknya bila menjelang pilihanraya, perkara seperti itu diberi tumpuan," katanya.
Tegasnya apa yang penting kini buat PAS adalah persediaan parti itu
menghadapi pilihan raya dengan tetap bertanding di 45 kerusi DUN di
Kelantan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan