Penetapan harga mingguan untuk petrol dan diesel telah pun sedia
mengundang perdebatan dan kegelisahan awam. Ketidaktentuan harga bahan
api, apatah lagi jika konsisten meningkat saban minggu, telah
menyebabkan harga barangan keperluan harian turut mencanak naik dan
semestinya sukar untuk turun sekalipun harga bahan api turun untuk
beberapa tempoh.
2. Lebih memeritkan bagi warga muda yang terpaksa bergantung sepenuhnya pada kenderaan peribadi untuk ke tempat kerja rentetan lokasi yang jauh dan kecekapan sistem pengangkutan awam yang masih di tahap sederhana. Terpaksa memperuntukkan sebahagian besar daripada gaji bulanan untuk dihalakan ke stesen-stesen minyak kini bukan lagi satu pilihan, bahkan keperitan yang perlu ditelan dengan pahit.
3. Justeru penting untuk pihak kerajaan berlaku telus dan jujur dengan rakyat. Sikap Menteri KPDNKK, Dato' Seri Hamzah Zainudin yang terus membisu dan amat berahsia tentang nilai 'alpha' dalam formula APM serta kaedah sebenar pengiraan bahan api ini sama sekali tidak boleh diterima. Bahkan lebih jauh, sikap ini telah ditanggap ramai pihak sebagai perancangan tersusun untuk kerajaan merahsiakan keuntungan sebenar yang dikaut saban minggu.
4. Sebelum kita menuntut sesuatu yang mustahil untuk dipenuhi seperti membekukan kelebihan kad inden untuk semua menteri kabinet, elok Menteri KPDNKK mendedahkan dahulu nilai 'alpha' rasmi yang digunapakai sewaktu pengumuman harga mingguan petrol dan diesel. Jika gagal, pihak menteri telah mengiyakan telahan awam bahawa kerajaan memang sengaja berselindung untuk menipu setiap sen daripada poket rakyat.
"Menggalas Harapan Perubahan"

Tiada ulasan:
Catat Ulasan