PAN terus menabur fitnah kepada penduduk yang
terlibat dengan projek pembangunan LEMBAH BINJAI dengan pelbagai
maklumat salah bahkan jauh menyimpang dari faktar sebenar.
Terbaru mereka mendakwa kerajaan negeri menerusi Majlis Perbandaran
Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) membuat pampasan tanah pada nilai
yang sangat rendah iaitu lebih kurang RM4 sekaki.
Selain itu, mereka turut menuduhkan kerajaan negeri dan individu
terlibat menerima komisyen sebagai hasil daripada rundingan bersama
penduduk.
Beliau berkata, seramai 20 penduduk terlibat menyertai pertemuan yang
diadakan di Pejabat PAN di Kubang Kerian tiga minggu lalu bagi
mengambil khidmat peguam untuk mempertahankan hak mereka.
"Sekiranya mereka hendak menggunakan perkhidmatan itu, mereka kena
membayar kepada peguam sebanyak RM3,000 seorang. Di sini saya hendak
mengatakan bahawa semua tuduhan yang dilemparkan ini sama sekali tidak
benar.
"Kini pihak MPKB-BRI sedang mengadakan rundingan bersama penduduk
yang terlibat dengan projek untuk mendapatkan persetujuan dengan
pampasan yang munasabah serta menjamin kesejahteraan penduduk," katanya.
Beliau turut meminta kerajaan negeri agar segera menyelesaikan
rundingan itu kerana ia menjadi tumpuan pihak tidak berkenaan
terutamanya parti politik yang mengambil peluang untuk menjuarai isu
tersebut.
Katanya, ramai penduduk keliru terhadap dakyah yang dibuat oleh parti
politik terutamanya PAN dan Umno yang bekerjasama bagi memberi gambaran
bahawa kerajaan negeri sekarang sudah menyeleweng.
Baru-baru ini, kerajaan negeri mengumumkan Lembah Binjai bakal
dimajukan selepas MPKB-BRI menandatangani perjanjian persefahaman (MoU)
dengan syarikat AUEI Teras Holdings Sdn. Bhd.
Bagaimanapun, projek yang dianggarkan bernilai kira-kira RM100 juta
itu dikatakan mendapat bantahan penduduk yang bimbang tanah mereka
diambil secara mengejut tanpa sebarang rundingan. – HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan