Pihak pendakwa Singapura hari ini memfailkan 16 pertuduhan terhadap pengurus bank Switzerland, Falcon Private Bank AG, cawangan republik itu.
Ia sebahagian daripada siasatan yang sedang berlangsung berkaitan dakwaan skandal 1MDB, lapor Reuters.
Bank itu yang kedua diarahkan ditutup di Singapura selepas BSI Bank Ltd tahun lepas.
Singapura dilihat mahu mengekalkan reputasi sebagai pusat kewangan bersih selepas turut dikaitkan dengan isu berkaitan 1MDB.
1MDB disiasat atas dakwaan pengubahan wang haram di sekurang-kurangnya enam negeri, termasuk Switzerland sendiri dan Amerika Syarikat.
Datuk Seri Najib Razak menafikan sebarang salah laku dan berkata Malaysia akan bekerjasama dengan siasatan antarabangsa.
Pendakwaan Singapura hari ini memfailkan 10 pertuduhan memberikan maklumat palsu, lima pertuduhan gagal mendedahkan maklumat meragukan dan satu pertuduhan gagal memaklumkan transaksi meragukan.
Warganegara Switzerland Tan Hee Joek yang ditangkap Oktober lalu mungkin membuat pengakuan bersalah, kata peguamnya daripada tetuan Tan See Swan & Co kepada mahkamah.
Bagaimanapun tidak jelas pengakuan bersalah akan dibuat terhadap pertuduhan yang mana. Pendengaran kes ditetapkan apda 11 Januari.
Tahun lepas tiga bekas pekerja BSI dipenjarakan. Ia juga menyaksikan rampasan aset dan penutupan beberapa bank – tindakan paling keras terhadap pengubahan wang haram di negara itu.
Republik itu menggelar kes berkaitan 1MDB sebagai paling rumit, canggih dan kes terbesar pengubahan wang haram yang pernah ditanganinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan