SELAIN penjawat awam peringkat pengurusan tertinggi, semua menteri Kabinet juga harus berhenti bermain golf di luar negara.
Demikian saranan dibuat oleh Presiden Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan sebagai mengulas kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad Dzulkifli bahawa mereka
yang pergi ke luar negara untuk bermain golf mempunyai kecenderungan kepada gejala rasuah dan salah guna kuasa.
Menurut Shamsuddin, larangan agar menteri Kabinet bermain golf di luar negara adalah untuk mengelakkan gambaran bahawa mereka melakukan pembaziran wang rakyat.
"Bagi golongan swasta yang bermain golf di luar negara, mereka biasanya menggunakan wang mereka sendiri.
"Berbeza dengan penjawat awam yang biasanya dibayar atau ditaja oleh pihak ketiga. Jadi di sinilah berlakunya gejala rasuah dan salah guna kuasa," katanya.
Sebelum ini, Dzulkifli mengingatkan penjawat awam di negara ini supaya berhenti bermain golf di luar negara.
[ARTIKEL BERKAITAN: 'Main golf: Sampai satu pejabat pergi']
“Saya ingin menasihatkan golongan penjawat awam ini agar menghentikan serta merta aktiviti mereka dan tidak perlulah mereka keluar negara untuk bermain golf khususnya di Indonesia dan Thailand.
“Di Malaysia sudah terdapat begitu banyak padang golf yang serba indah dan lengkap dengan prasarananya.
Adalah lebih baik bagi mereka memakmurkan sahaja padang golf tempatan sambil membantu menjana hasil pendapatan pengusaha padang golf di negara ini," kata beliau dalam wawancara baru-baru ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan