KUALA TERENGGANU: Banjir gelombang kedua yang melanda Terengganu sejak
malam semalam menyebabkan 13 sekolah rendah di empat daerah terpaksa
ditutup esok.
Daripada jumlah itu, lapan sekolah terletak di Setiu, masing-masing dua di Besut dan Hulu Terengganu dan satu di Kemaman.
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin
berkata penutupan tersebut melibatkan 2,679 murid dan 307 guru.
"Di Setiu, enam sekolah ditutup kerana ditakungi air iaitu Sekolah
Kebangsaan (SK) Kampung Besut, SK Chalok, SK Langkap, SK Kampung Buloh,
SK Sungai Las dan SK Kampung Bukit.
"SK Alur Lek Kasar dan SK Merbau Menyusut di daerah itu ditutup kerana
terputus jalan perhubungan dan dijadikan pusat pemindahan untuk mangsa
banjir,"
katanya dalam kenyataan di sini.
Di Hulu Terengganu pula sekolah yang ditutup ialah SK Tengkawang dan SK
Matang manakala di Besut pula, dua sekolah ditutup iaitu SK Kampung
Nangka dan SK Tembila.
Di Kemaman pula, hanya satu sekolah ditutup iaitu SK Padang Kubu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan