Oleh Nur Atiqah Abd Samad
BANGI: DAP nyata terdesak untuk mendapatkan sokongan mana-mana pihak
sekalipun seteru politiknya selama ini, Barisan Nasional (BN) dalam
menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Penganalisis politik Prof Dr Mohd Fuad Mat Jali berkata, dalam keadaan
sekarang parti yang dipimpin Lim Kit Siang itu sanggup melakukan apa
saja selepas huluran salam perdamaian kepada PAS disambut dingin
pemimpin parti itu.
"Memang DAP terdesak sekarang ni sebab tu sanggup berbaik dengan Hadi,
sebelum ni DAP kutuk Hadi. Ini adalah politik, apa-apa saja boleh
berlaku. Kerana nakkan kuasa sanggup berbaik dengan Hadi, sanggup
panggil parti komponen BN bersama mereka (DAP). Jadi inilah politik
terdesak DAP menjelang PRU14.
"Untuk berkuasa mesti ada PAS, sekarang ni pun PAS mungkin tidak akan
(kerjasama). Mereka melihat Tan Sri Muhyiddin gagal memujuk, Mahathir
pun. Akhirnya DAP cuba menghulurkan tangan kepada PAS (tapi) mungkin PAS
tidak akan (kerjasama). (Kit Siang) mungkin ada memikirkan satu lagi
parti politik Cina iaitu Gerakan dan MCA," katanya ketika ditemubual
Antarapos.
Selepas huluran salam perdamaian terhadap PAS tidak bersambut, Kit
Siang menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan pemimpin atasan
Barisan Nasional (BN) demi menyelamatkan Malaysia.
Katanya beliau bersedia untuk berbincang dengan pemimpin kanan MCA,
Gerakan, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi tujuan
tersebut.
Tambah Fuad lagi, DAP cuba mencari peluang demi merealisasikan
cita-cita pembangkang dalam menjatuhkan kerajaan dan Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Razak selain mahu mengisi jawatan timbalan perdana
menteri jika berjaya menjadi kerajaan.
"DAP mencari apa juga peluang untuk mencapai matlamat mereka. Untuk
menjatuhkan kerajaan dan bercita-cita jadi TPM. Jadi oleh kerana itu
mungkin Kit Siang baru terfikir, kenapa tak hulur tangan kepada pengundi
Cina sendiri (dan) parti Cina juga.
"Ini adalah strategi terakhir Lim Kit Siang untuk menawan (selepas)
gagal dengan PAS, jadi yang tinggal adalah parti Cina," tambah beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan