ANTARAPOS.COM
SHAH ALAM: Penasihat DAP, Lim Kit Siang hari ini menegaskan salam perdamaian yang dihulur kepada PAS bukan berpura-pura.
Memetik portal Malaysiakini, Kit siang berkata, keutamaan pada masa
kini bukanlah perbezaan pendapat sebaliknya misi menyelamatkan Malaysia
daripada masalah kleptokrasi.
"Berhubung dakwaan DAP bersikap hipokrit sekiranya kami kembali
bekerjasama dengan PAS, saya serahkan kepada orang ramai untuk
menilainya.
"Kita boleh berbeza pendapat, tetapi isu terbesar besar sekarang ialah
sama ada kita boleh membebaskan diri daripada cengkaman kleptokrasi.
"Paling utama adalah untuk menyelamatkan Malaysia dari kleptokrasi dan
setiap rakyat seharusnya bersatu dalam isu ini, tanpa mengira kaum dan
agama," katanya pada sidang akhbar di Wisma DAP di Pulau Pinang.
Kit Siang pada semalam memaklumkan partinya boleh bekerjasama sekali
lagi dengan PAS jika Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
bersedia memberi komitmen untuk menyelamatkan Malaysia daripada menjadi
kleptokrasi dunia.
Bagaimanapun, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mohd
Khairuddin Aman Razali dalam reaksinya berkata, PAS tidak akan menjerat
dirinya sekali lagi dalam 'permainan' politik DAP.
Ujarnya, huluran salam Kit Siang dengan 'kata-kata' mahu menyelamatkan Malaysia hanya sekadar menabur janji.
Hubungan PAS-DAP terputus selepas parti dominasi Cina itu berulang kali
menyerang hasrat PAS bersabit pelaksanaan Kanun Keseksaan Syariah di
Kelantan pada 2015.
Ia membawa kepada terkuburnya Pakatan Rakyat (PR) pada 2015. Namun
kemudian Pakatan Harapan (PH) dibentuk pada 2016 lalu dengan dianggotai
PKR, DAP dan Amanah, parti serpihan PAS.
PH kini bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk menentang BN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan