SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan
membuka kertas siasatan berhubung dakwaan penyelewengan dan salah guna
kuasa Tan Sri Annuar Musa dalam Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Menerusi satu kenyataan, badan anti-rasuah itu bagaimanapun memaklumkan
siasatan hanya tertumpu kepada rasuah dan salah guna kuasa Annuar yang
dikaitkan dengan isu penajaan pasukan bola sepak Kelantan (TRW).
"Ingin ditegaskan, siasatan SPRM hanya tertumpu kepada isu rasuah dan
salah guna kuasa membabitkan pembabitan beliau dalam penajaan pasukan
bola sepak Kelantan.
"Siasatan berhubung salah tadbir urus pula akan dijalankan oleh pasukan audit dalaman MARA," katanya.
Badan itu juga meminta semua pihak untuk tidak membuat sebarang
spekulasi berhubung siasatan kes terbabit dan memberikan ruang kepada
mereka bagi menjalankan siasatan.
Annuar digantung tugas sebagai Pengerusi MARA dan Pelaburan MARA Berhad (PMB) berkuat kuasa serta merta hari ini.
Ahli Majlis MARA, Datuk Dr Yusof Yacob, berkata keputusan itu bagi
memberi laluan kepada siasatan dalaman berhubung dakwaan salah laku dan
penyelewengan kuasa dikaitkan terhadap Annuar, berkaitan tajaan pasukan
bola sepak Kelantan dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) oleh dua agensi
berkenaan.
Katanya mesyuarat tergempar yang dihadiri semua Ahli Majlis MARA hari
ini sebulat suara bersetuju dengan keputusan berkenaan, selaras hasrat
agensi dalam memastikan kepentingan dan amanah rakyat sentiasa
dipelihara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan