shahudindotcom
Kata
Salleh Said Keruak, pengampu dan pembodek nombor satu dalam negara
ketika ini, Lim Kit Siang tidak setaraf kedudukannya dengan Najib Razak
untuk mengadakan perbahasan.
"Mungkin
Kit Siang terlupa bahawa beliau hanya Pengerusi DAP. Malah, beliau juga
bukan ketua Pakatan Harapan dan ini tidak meletakkannya setaraf dengan
Perdana Menteri yang merupakan Pengerusi Barisan Nasional.
"Sekiranya
Kit Siang adalah ketua Pakatan Harapan atau Perdana Menteri Bayangan,
maka beliau mungkin mempunyai sebab untuk menuntut mengadakan perbahasan
dengan Najib," kata Salleh lagi.
Siapa yang sebenarnya terlupa, Lim Kit Siang atau Salleh sendiri?
Adakah
Salleh terlupa bahawa Anwar Ibrahim, sebelum PRU 13, telah berkali-kali
mencabar Najib untuk berdebat dengannya dan tidak pernah sekali pun
cabaran itu berani disambut?
Bukankah Anwar ketika itu adalah ketua Pakatan Rakyat dan Perdana Menteri bayangan?
Mengapa Najib tidak berani menyahut? Adakah Anwar tidak setaraf kedudukannya dengan Najib?
Jika
perkara itu pun Salleh masih terlupa, beliau tentunya masih ingat
mengenai program NothingToHide di mana Tun Mahathir Mohamad dengan penuh
"gentleman" menunggu kehadiran Najib untuk menyoal beberapa soalan
mengenai 1MDB, tetapi akhirnya Najib sendiri yang kesipuan di dalam
rumah dan membatalkan kehadiran tanpa sebarang sebab.
Mengapa Najib takut dan lari untuk berdepan dengan Tun Mahathir di pentas yang sudah dipenuhi dengan hadirin?
Adakah Najib juga menganggap Tun Mahathir tidak setaraf untuk berdebat dengannya?
Bolehkah
Salleh menamakan sesiapa yang lain yang difikirkannya setaraf dari segi
kedudukan dan jawatan untuk berdebat dengan Najib?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan