BANGI – Jordan Belfort, individu di belakang tabir sehingga tercetusnya pembikinan filem blockbuster ‘Wolf of Wall Street, mengaku menyedari urusan haram yang membawa kepada satu lagi skim penipuan – skandal penyelewengan dan rasuah 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Wolf of Wall Street diadaptasi daripada kisah kehidupan Belfort sebagai jurujual, broker saham di New York dan kemudian dipejarakan, dilakonkan Leonardo DiCaprio. Belfort juga mendakwa mengenali ahli perniagaan Malaysia, Jho Low.
“Jika anda melihat filem ini, misalnya, ia adalah satu kejayaan besar dan ternyata kemudiannya lelaki yang membiayainya adalah penjenayah. Dan lelaki itu ialah Jho Low. DiCaprio turut diheret sama, sedangkan dia adalah lelaki yang jujur.
“Tapi, saya bertemu dengan mereka. Saya memberitahu tunang dan rakan niaga saya, Anne Koppe, lelaki itu adalah penjenayah,” katanya dalam temu bual eksklusif dengan portal berita niaga, finews.com.
Dalam temu
bual tiga siri itu Belfort bercakap panjang lebar mengenai pendidikan,
mengapa dia mengundi DonaldTrump, bagaimana ketamakan Wall Street
merosakkannya, bagaimana dia dapat mencium penyelewengan di sekeliling
1MDB yang didakwa membiayai Wolf of Wall Street berdasarka buku
tulisannya dan bagaimana diamenjalani kehidupan sekarang.
Belfort
berkata, dia pernah bertemu individu tertentu, termasuk Jho Low dalam
sebuah parti bagi melancarkan filem berkenaan, walaupun ia belum
diterbitkan.
“Mereka
menerbangkan saya ke Cannes empat atau lima bulan selepas mereka membeli
filem itu dan mereka mahumengumumkannya di Cannes. Filem itu masih
belum diterbitkan dan mereka telah mengadakan majlis pelancaran.
“Mereka
membelanjakan kira-kira AS$3 juta untuk parti pelancaran itu. Mereka
menerbangkan Kayne West dansaya berkata kepada Anne, ini adalah satu
penipuan. Sesiapa yang melakukan ini mempunyai wang yang dicuri,”
katanya.
Kepada soalan mengenai apa yang berlaku kepada Red Granite – pengeluar filem yang didakwa mendapat pembiayaan 1MDB – Belfort berkata, beliau menghabiskan banyak masa dengan DiCaprio tatkala filem itu dalam proses pengeluaran.
“Mereka mahu bertemu saya untuk makan malam dan mengikut mereka ke Las Vegas bersama DiCaprio. Mereka menawarkan
saya wang dan segala-galanya untuk ke Vegas. Duit yang banyak. Seperti
AS$500,000. DiCaprio dan Margo Ribbie yang juga pelakon tambahan dalam
filem itu pergi. Saya tidak,” katanya. – Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan