Sabtu, 9 Julai 2016

SKMM buru dalang amaran palsu lokasi sasaran IS

ANTARAPOS.COM


Post Pic
PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memburu dalang amaran palsu kawasan sasaran pengganas IS.
Portal Malay Mail Online melaporkan Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata pihak berkuasa bimbang amaran palsu itu – yang tersebar melalui media sosial – menyebabkan orang ramai berasa tertekan.
Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata SKMM akan bekerjasama dengan pihak berkuasa mengenalpasti dalangnya.
Pesanan palsu itu menyenaraikan Publika, Bangsar, The Curve, Mid Valley, “Kuala Lumpur Centre”, Menara KL, Hartamas, Bukit Bintang dan stesen-stesen LRT sebagai sasaran serangan pengganas.
Ia mendakwa kerajaan mengesahkan salah satu kawasan itu sasaran pengganas, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bagaimanapun menepisnya sebagai palsu.
Kebetulan beberapa kawasan dalam senarai itu sama dengan kawasan tumpuan yang disebut Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor Januari lalu sebagai sasaran pengganas, susulan siri serangan di Jakarta.

Tiada ulasan: