Zulaikha Zulkifli
Mahkamah Rayuan hari ini menangguhkan kes saman bekas ahli Umno Anina
Saadudin untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi berhubung kes
saman berkaitan pemecatannya daripada parti itu.
Penangguhan itu dibuat susulan permintaan peguam Anina, Haniff Katri
Abdullah yang ingin membuat permohonan supaya mahkamah menetap semula
rayuan di hadapan kuorum berlainan daripada kuorum yang ada pada hari
ini.
"Kami dapati bahawa dua daripada tiga ahli kuorum Mahkamah Rayuan
telah pun sebelum ini bersidang sewaktu rayuan Anina terhadap Tengku
Adnan dan Abdul Raof dalam rayuan berhubung penamatan keahlian Ainina.
"Atas dasar tersebut dan prinsip undang-undang yang ada, (kita minta)
supaya mahkamah tetap semula rayuan ini di hadapan kuorum berlainan
dari kuorum tersebut.
"Perkara ini berlaku kerana pihak pendaftaran kadang-kadang perlu
dimaklumkan tentang hakim-hakim yang telah dengar kes yang sama.
"Tak ada eligasi tentang ketidakbolehan untuk buat keputusan tetapi
undang-undang membenarkan permohonan dibuat supaya satu fikiran yang
bebas dapat dibuat daripada penilaian terdahulu dan dapat diutarakan.
Oleh itu kes ditangguhkan dan rakan kami akan ke pendaftaran mahkamah
rayuan untuk menetapkan tarikh lain seperti yang dijadualkan mahkamah
kelak," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di Mahkamah Rayuan, Putrajaya hari ini.
Menurut Haniff, korum yang ada pada hari ini dihadiri oleh Hakim
Datuk Lim Yee Lan dan beliau tidak pernah mendengar kes Anina sebelum
ini.
Sebelum ini, kes Anina dihadiri panel tiga hakim yang diketuai oleh
Datuk David Wong Dak Wah, Datuk Dr Badariah Sahamid dan Harmindar Singh
Dhaliwal.
Ketiga-tiga hakim itu sebelum ini memutuskan secara sebulat suara
menolak rayuan Anina untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi
berhubung pemecatannya.
Keputusan itu dibuat selepas mereka berpuas hati bahawa Seksyen 18(C)
Akta Pertubuhan 1966 adalah undang-undang yang baik untuk diguna pakai.
Sehubungan itu, kuorum itu memutuskan, Mahkamah Tinggi betul ketika membatalkan saman bekas anggota Umno tersebut.
Pada Ogos tahun lalu, Anina dipecat daripada Umno selepas memfailkan
saman terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung
sumbangan derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi presiden
parti itu.
Anina kemudian memfailkan saman terhadap Setiausaha Agung Umno Tengku
Adnan Tengku Mansor dan Setiausaha Kerja parti Datuk Abdul Rauf Yusoh
ekoran pemecatannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan