Shakira Buang
LIHAT VIDEO DI SINI
Majlis Perundingan Melayu (MPM) beranggapan bahawa rang undang-undang
(RUU) persendirian yang akan dibawa anggota Parlimen Marang, Datuk Seri
Abdul Hadi Awang adalah tidak sah serta tidak berpelembagaan.
Justeru, kata lembaga penasihat MPM, Tan Sri Abdul Aziz Rahman, RUU
itu tidak menjadi keperluan dan tindakan presiden PAS itu sebagai satu
pembaziran masa dan tenaga.
Bahkan, menurutnya, parlimen tidak seharusnya membenarkan ia dibentangkan sama sekali.
“Ramai
individu dan badan telah memberikan komen mengenainya termasuklah
mantan Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid dan Majlis Peguam tetapi
mereka hanya menyentuh isu yang berlainan.
“Terdapat tiga undang-undang melibatkan hudud seperti Rang
Undang-undang Persedirian persendirian untuk meminda Akta Mahkamah
Syariah (bidang kuasa jenayah, Akta Mahkamah Syariah (bidangkuasa
jenayah) 1965 (Akta 355) dan Enakmen Jenayah Syariah (II) 1993
(Kelantan),” kata Aziz pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
Menurut Aziz, ketiga-tiga undang-undang ini adalah tidak sah kerana
tidak konsisten atau bercanggah dengan beberapa bahagian dalam
Perlembagaan Persekutuan dan Parlimen tidak mempunyai kuasa untuk
berbuat demikian.
Kata Aziz, dalam Fasal 74 Perlembagaan Persekutuan, jadual 9 senarai 1
Parlimen tidak mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang berkaitan
Islam dan Mahkamah Syariah di bawah jadual 9 serta 8, senarai 4(a) dan
(b).
Malah, Aziz berkata Enakmen Jenayah Syariah (II) bercanggah dengan
Fasal 7 dan 8 Perlembagaan Persekutuan serta jadual 9 senari 1 I (4) 9h)
Perlembagaan Persekutuan dan Kanun Keseksaan.
“Boleh dihujahkan bahawa Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah)
1965 (Akta 355) diluluskan oleh Parlimen mengikut Fasal 76A(1)
Perlembagaan Persekutuan tidak terpakai di dalam kes ini.
“Ia memandangkan parlimen tidak mempunyai kuasa dalam hal berkaitan
Islam sekali gus tidak mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang
berkaitan Mahkamah Syariah,” katanya.
Dihukum lebih sekali
Mengulas lanjut, Aziz berkata undang-undaag yang cuba dilaksanakan di Kelantan itu juga jelas bertentangan dengan perlembagaan.
“Undang-undang hudud yang diluluskan Kelantan termasuk kesalahan di
dalam Perlembagaan Persekutuan seperti membunuh, merogol, mencuri sebab
itu saya katakan ia tidak sah dan bertentangan dengan perlembagaan.
“Pesalah
tidak boleh dihukum lebih dari sekali dan hanya boleh dihukum sekali
sahaja, lebih dari itu tidak sah dan negeri hanya boleh buat
undang-undang bagi kesalahan yang tiada dalam perlembagaan,” kata Aziz.
Sehubungan itu, Aziz mempersoalkan apakah Abdul Hadi telah merujuk majlis agama negeri bagi memperjelaskan perkara tersebut.
“Apa saja pindaan yang hendak dibuat perlu melalui majlis agama
negeri tetapi apa yang saya difahamkan Majlis Agama sendiri tak maklum
akan perkara itu,’ kata Aziz.
Aziz berkata sekiranya pihak yang terlibat masih lagi berminat untuk
meneruskannya mereka haris mengkaji perlembagaan persekutuan dan
mencadangkan pindaan tersebut sebelum diluluskan.
Bagaimanapun Aziz berkata adalah lebih baik untuk kerajaan terus membatalkan RUU tersebut.
Malah, Aziz berkata beliau tidak teragak-agak untuk membawa perkara berkenaan ke mahkamah untuk tindakan lanjut.
“Batalkan saja sebab ia tidak sah dan kita tidak teragak-agak untuk bawanya ke mahkamah,” tambah Aziz.
RUU Hadi mengenai Akta 355 itu dibentangkan di Parlimen pada 26 Mei,
hari terakhir persidangan, setelah dilangkau dalam dua persidangan
sebelumnya.
RUU itu, jika diluluskan di Parlimen, dilihat akan membolehkan
Kelantan melaksanakan hudud apabila mahkamah syariah kemudiannya akan
dibenarkan untuk mengenakan semua hukuman hudud kecuali hukuman mati.
Pada masa ini, kuasa-kuasa mahkamah syariah terhad kepada menjatuhkan
hukuman penjara maksimum tiga tahun, denda RM5,000 dan enam sebatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan