SHAH ALAM: Bintang pop Amerika, Selena Gomez tampil dengan persalinan
sopan ketika menjayakan konsert 'Revival World Tour' di Stadium Tertutup
Melawati di sini malam tadi.
"Pakaian baharu bagi menghormati budaya dan agama di Malaysia," demikian tweet di Selena Gomez News @SelenaHQ.
Gomez yang julung kali mengadakan persembahan di Malaysia mengenakan baju berlengan panjang dan berseluar panjang warna hitam.
Bintang remaja itu menghiburkan ribuan peminatnya dengan beberapa lagu
popular seperti Same Old Love, Who Says, Hands To Myself dan Love You
Like A Love Song.
Konsert Gomez pada malam tadi adalah lokasi kedua progam jelajah di
Asia 'Revival World Tour' bagi mempromosikan album terbaharu.
Sebelum ini beberapa pihak membantah penganjuran konsert berkenaan.
Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan Pembangunan Desa
Dan Kampung Tradisi Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi, sebelum ini
meminta semua masjid dan surau di Selangor mengadakan solat hajat bagi
memohon konsert Selena Gomez dibatalkan.
Pengerusi Lajnah Dakwah Pemuda PAS, Hafez Sabri sebelum ini menyuarakan
bantahan terhadap penganjuran konsert penyanyi itu yang dianggap
mencemarkan kemuliaan Syawal.
Hafez dalam satu kenyataan juga dilaporkan berkata, kedatangan Selena
Gomez dianggap menghidupkan budaya hedonisme dalam kalangan generasi
muda di negara ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan