KEPALA BATAS:
Dua murid lelaki tahun lima dikuarantin selepas tercemar dengan merkuri
daripada termometer yang jatuh dan pecah di makmal sains Sekolah
Kebangsaan Pokok Sena, di sini hari ini.
Kedua-dua murid itu mendakwa terpegang
merkuri selepas termometer tersebut pecah dan mereka dihantar ke
Hospital Kepala Batas untuk pemeriksaan lanjut.
Jabatan Bomba dan Penyelamat menerima
panggilan daripada sekolah tersebut berhubung kejadian itu pada pukul
11.27 pagi, kata Komander Operasi Unit Bahan Berbahaya (Hazmat)
Zulkhuari Abdul Rahman.
“Kejadian tumpahan merkuri di atas lantai itu disedari pembantu makmal,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata kawasan makmal sains itu
dan bilik darjah berhampiran makmal berkenaan diarah dikosongkan bagi
membolehkan kerja membersihkan merkuri dijalankan.
Operasi pembersihan nyah cemar yang
dilakukan di makmal sains itu melibatkan prosedur dan bahan tertentu
supaya ia selamat digunakan semula selepas ini, katanya.— Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan