Sabtu, 9 Julai 2016

Peniaga cekik darah! Ayam naik RM30 seekor

Peniaga cekik darah! Ayam naik RM30 seekor
Ab Ghani (tengah) turut memeriksa ayam yang didakwa dinaikkan harga sesuka hati oleh peniaga. –Foto Sinar Harian
 
 
KOTA BHARU - Cekik darah! Itu tindakan sesetengah peniaga di negeri ini yang dengan sesuka hati menaikkan harga seekor ayam sehingga mencecah RM 30 seekor pada musim perayaan demi untuk meraih keuntungan lebih.

Tindakan mereka dikesan selepas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepengunaan (KPDNKK) menerima aduan dari orang ramai berhubung kenaikan harga mendadak yang turut memberi kesan kepada pengguna.

Hasil tinjauan dan risikan yang dilakukan pegawai penguat kuasa KPDNKK di Pasar Siti Khadijah di sini semalam mendapati enam peniaga dikesan mencatut harga sesuka hati dan diberi notis tunjuk sebab bagi memberi penjelasan berhubung kenaikan harga ayam secara mendadak pada musim perayaan.

Pengarah KPDNKK negeri, Datuk Ab Ghani Harun berkata, setakat semalam sebanyak 16 aduan melalui telefon yang diterima dari pelanggan berhubung kenaikan harga ayam di pasar-pasar besar di seluruh negeri Kelantan.

“Aduan yang kita terima dari pelanggan rata-ratanya merungut apabila ayam-ayam yang dijual dinaikkan harga sehingga RM 30 seekor.

“Hasil pemantauan dan pemeriksaan yang kita lalukan di Pasar Siti Khadijah di sini semalam, mendapati peniaga tidak menggunakan alat timbang dan menjual ayam menggunakan kaedah ekor,” katanya.

Tiada ulasan: