Foto WAN ZAHARI SALLEH
Panas tengahari bulan Ramadan tidak melunturkan semangat ratusan umat Islam untuk berdemonstrasi menunjukkan solidariti dengan rakyat Palestin di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
Himpunan Solidariti Selamatkan Al-Quds itu berlangsung seusai solat Jumaat.
Para demonstran berarak dari Bangunan Tabung Haji sambil melaungkan slogan-slogan menyokong perjuangan rakyat Palestin dan mengecam Israel dan sekutunya.
Program anjuran Majlis Perunding Islam Malaysia (Mapim) itu turut disertai Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura) yang dipengerusikan Timbalan Penasihat Umum Amanah Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin.
Ustaz Abdul Ghani dan Presiden Mapim, Azmi Abdul Hamid berucap sebelum dibenarkan masuk ke Kedutaan Amerika Syarikat bagi menyerahkan memorandum.
Hadir ketika perhimpunan berlangsung Presiden Amanah Mohamad Sabu yang berucap menyuntik semangat hadirin.
Wakil-wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bernaung di bawah Mapim turut berucap di hadapan bangunan kedutaan.
Sejak beberapa bulan lalu, rejim Israel semakin agresif merempuh masuk kawasan Masjid Al-Aqsa dan sengaja mencabar kesabaran umat Islam apabila cuba menghalang penduduk Palestin masuk ke masjid pada bulan Ramadan ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan