Isnin, 18 Julai 2016

Nurul Izzah lapor wujud akaun FB palsu

FB palsu
Akaun palsu itu diwujudkan oleh pihak-pihak tertentu bertujuan untuk memuat naik gambar yang telah diubah suai.


SHAH ALAM – Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mengesahkan telah membuat laporan terhadap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) susulan daripada kewujudan beberapa akaun palsu yang dipercayai diwujudkan dengan menggunakan identiti beliau.

Menurut Ahli Parlimen PKR itu, akaun palsu itu diwujudkan oleh pihak-pihak tertentu bertujuan untuk memuat naik gambar yang telah diubah suai.

Kata Nurul Izzah lagi, setakat ini, beliau sedang menunggu pihak SKMM mengambil tindakan terhadap akaun tersebut.

“Page ini adalah page rasmi Nurul Izzah dan wujud beberapa akaun palsu (akaun lain) yang memuat naik gambar yang diedit.

“Laporan telah dibuat kepada Facebook dan SKMM. Diharap tindakan segera diambil,” katanya seperti yang dipetik menerusi satu muatnaik posting di akaun Facebooknya.

Tiada ulasan: