Koh Jun Lin
Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang dijangka memberikan
keterangan dalam kes Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1977 dalam kes pertuduhan
terhadap anggota parlimen Pandan Rafizi Ramli.
Timbalan Pendakwa Raya Shukor Abu Bakar berkata, Ambrin antara tiga
saksi dipanggil antara 25 hingga 27 Julai depan, apabila perbicaraan
bersambung.
Ambrin sepatutnya memberi keterangan semalam tetapi tarikh perbicaraan telah dilapangkan, kata Shukor lagi.
Bercakap kepada pemberita di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Shukor
berkata Ambrin tidak dapat dipanggil hari ini kerana perbicaraan hanya
dijadualkan pada jam 2 petang dan sudah tentu tidak cukup masa.
Rafizi dituduh dengan salah memiliki satu halaman daripada laporan audit
Jabatan Audit Negara berkaitan 1MDB dan mendedahkan tanpa kebenaran.
Beliau didakwa bawah 8 April bawah Seksyen 8(1)(c)(iii) dan 8(1)(c)(iv) OSA.
Rafizi, yang juga naib presiden PKR, dituduh melakukan kesalahan itu dalam sidang media di parlimen pada 28 Mac.
Dokumen bocor itu cuba menyatakan kaitan antara 1MDB dan sebuah anak syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).
Bagaimanapun, oleh kerana kandungannya berstatus rahsia rasmi, ia tidak
dapat dilaporkan media, walaupun disebut dalam prosiding mahkamah.
Saksi pertama
pendakwaan, Timbalan Pengarah Jabatan Audit Nor Salwani Muhammad sebelum
ini memberi keterangan bahawa Amrin mengetuai audit dan mengelaskan
laporan itu sebagai rahsia pada 22 Januari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan