MALAYSIAKINI
Kerajaan tidak akan memberhentikan projek pembangunan terutamanya hab
pendidikan di Pagoh meskipun terdapat perubahan pimpinan di kawasan
itu.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawan dan
Koperasi Negeri Datuk Md Jais Sarday berkata projek pembangunan di
kawasan terbabit masih berjalan seperti biasa.
"Walaupun Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak lagi jadi menteri pendidikan, saya tidak fikir ia akan terhenti.
"Ini semua untuk orang Pagoh dan ia masih berjalan dengan lancar,"
katanya kepada pemberita ketika ditemui di Majlis Iftar Ramadan dan
Penyerahan SijilPenghargaan kepada kontraktor Bumiputra anjuran Kumpulan
Prasarana Rakyat Johor, di Johor Bahru malam tadi.
Md Jais yang juga setiausaha badan perhubungan Umno negeri bagaimanapun
mengingatkan agar anggota Umno di Pagoh agar tidak melupakan tugas dalam
membantu masyarakat di situ sekali gus meneruskan kesinambungan
pembangunan dikawasan Parlimen itu.
"Jangan sampai nanti Umno Pagoh yang menjadi tempat mereka (masyarakat
di Pagoh) bergantung harap dan banyak memberikan sumbangan kepada
pembangunan Pagoh itu, kalau tak jaga, takkanlah nak biarkan ia
(Parlimen Pagoh) menjadi kawasanpembangkang," katanya.
Menurut beliau, anggota Umno terutama di Pagoh perlu bersabar dan
bertenangdaripada mengambil sebarang tindakan yang boleh menjejaskan
parti.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai tindakan beberapa
ketua cawangan di Pagoh dan ahli jawatankuasa bahagian meletak jawatan
tanda protesberikutan pemecatan Muhyiddin dari parti Jumaat lepas (24
Jun).
Ketika mengulas mengenai kenyataan Muhyiddin yang menyifatkan
pendirianBadan Perhubungan Umno Johor yang disampaikan oleh Pengerusinya
Datuk Seri Mohamed Khaled mengenai pemecatan itu sebagai tidak mewakili
seluruh Umno Johor, Md Jais berkata ia tidak benar.
Sebaliknya, beliau berkata pendirian itu diambil selepas mendapat maklum balas dari ketua-ketua bahagian Umno Johor.
"Pendirian (Datuk Seri) Mohamed Khaled dan ketua-ketua bahagian saya rasa cukup sebagai pendirian Umno Johor.
"Jadi tidak timbul soal (kenyataan itu) tidak melambangkan Umno Johor.
Kalau kita lihat sampai hari ini, maklum balas akar umbi dan
bahagian-bahagian lain, tiada respons yang tidak puas hati sebenarnya,"
kata beliau.
Md Jais berkata tindakan yang diambil segelintir anggota Umno bahagian
Pagoh dan cawangan di bawah Pagoh yang meletak jawatan, hanyalah sekadar
protes tidak puas hati dan menggambar kesetiaan kepada ketua bahagian
mereka.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan