Selasa, 5 Julai 2016

Gerakan dalam DAP jatuhkan Guan Eng sudah lama bermula


 
 
Guan Eng
Guan Eng


Isu penahanan Lim Guan Eng kerana isu penjualan banglo di bawah harga pasaran dilihat usaha Barisan Nasional (BN) menjatuhkan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Namun menurut sumber yang dikenali sebagai Ahli DAP dan penganalisis politik Pulau Pinang yang tidak mahu dikenali, gerakan terancang bagi menjatuhkan Guan Eng sebenarya sudah lama bermula dari dalam parti itu sendiri.

"Antara rancangan tersebut adalah membongkar isu pembelian banglo di jalan Pinhorn dan maklumat rahsia tersebut telah diserahkan oleh Pengerusi DAP Pulau Pinang kepada Parti Gerakan untuk menjatuhkan Guan Eng setelah desakan dari DAP Pulau Pinang agar Lim Guan Eng kembali ke Melaka tidak diendahkan," ujar sumber yang dipetik daripada Portal AIDC hari ini.

Pada 8 Mac 2008, Guan Eng telah mengambil jawatan Ketua Menteri yang sepatutnya diberi kepada Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

Antara perjanjian tersebut mengatakan bahawa Guan Eng akan menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang selama sepenggal dan akan menyerahkan kepada Kon Yeow tetapi Guan Eng telah 'mengkhianati' perjanjian tersebut.

"Ramai ahli parti kanan DAP percaya perjanjian itu membolehkan Guan Eng menjadi Ketua Menteri hanya satu penggal sebelum diserahkan kepada Kon Yeow," katanya lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Bunga, Teh Yee Cheu merupakan orang kuat Chow Kon Yeow yang mendapat sokongan kuat akar umbi DAP Pulau Pinang turut menyerang Guan Eng dan membuat cadangan supaya penggal khidmat seorang Ketua Menteri Pulau Pinang dihadkan kepada dua penggal sahaja tahun lalu.

Umum mengetahui Teh Yee Cheu telah meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Organisasi DAP Pulau Pinang tiga hari sebelum Konvensyen DAP Negeri Pulau Pinang bermula.

"Guan Eng juga tidak disenangi oleh sebahagian besar pemimpin DAP Pulau Pinang yang melihat Lim Guan Eng sebagai 'pemain import' dalam politik Pulau Pinang," katanya.

Kini nampaknya agenda untuk menamatkan karier politik Lim Guan Eng telah berjaya.

Guan Eng tidak bertanding dalam pemilihan DAP Pulau Pinang mungkin kerana beliau sudah menjadi Setiausaha Agong DAP Nasional.

Menurut sumber itu lagi, jika pendedahan terbaharu itu tidak mampu 'menjatuhkan' Guan Eng usaha menyerang Guan Eng akan diteruskan sebelum PRU-14 nanti.

Sekarang merupakan penggal terakhir Guan Eng boleh menjawat jawatan Setiausaha Agung DAP dan juga Ketua Menteri Pulau Pinang.--MalaysiaGazette


Tiada ulasan: