Oleh Kumara Sabapatty
Dua orang pengunjung termasuk seorang wanita terbunuh manakala
seorang lagi parah akibat ditetak menggunakan parang dalam kejadian di
hadapan sebuah pusat hiburan di Solaris Dutamas malam tadi.
Kejadian dikatakan kira-kira pukul 11 malam apabila mangsa ketiga
duduk di luar pusat hiburan Pub Destiny, Publika Solaris Dutamas.
Kedua-dua mangsa yang terbunuh dikenali pasti identitinya sebagai
M.Mogan, 21, yang tinggal di Flat Sri Kelantan, Jalan Sentul dan wanita
berusia 23 tahun bernama R. Mythurai manakala mangsa ketiga yang parah
identitinya belum diketahui.
Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Munusamy dalam
kenyataan berkata: "Lebih kurang enam lelaki tiba dan menunjuk ke arah
pub tersebut sebelum seorang daripada suspek menujuk ke arah mangsa yang
sedang duduk di hadapan kaki lima dan terus menyerang mangsa
bertubi-tubi, manakala saspek lain telah masuk ke dalam pub tersebut.
"Kesemua saspek memakai topeng dan bersenjatakan parang. Kejadian
berlaku begitu pantas, semua saspek melarikan diri dengan menaiki
kenderaan yang sama."
Katanya, keenam-enam saspek berjaya ditangkap dan kini ditahan untuk siasatan lanjut.
"Mereka yang ditangkap berumur di antara 20 hingga 33 tahun.
Kesemua saspek direman tujuh hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen
302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
"Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat, diminta berhubung
dengan pihak polis di balai polis berhampiran untuk tindakan lanjut,"
ujarnya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan