Rapid
KL menyediakan sebanyak 70 buah bas pengantara percuma berikut
penutupan sementara semua stesen LRT di Laluan Ampang dan Sri Petaling
pada 7, 8 dan 16 Julai 2016 bagi memberi laluan kepada kerja-kerja
penghijrahan sistem isyarat LRT.
Prasanara Malaysia Berhad (Prasarana) dalam satu kenyataan di sini
berkata, laluan bas pengantara terbahagi kepada 16 zon untuk melancarkan
sistem pengangkutan awam itu.
Katanya, kesemua 16 laluan itu akan bemula dari stesen LRT Bandar
Puteri, Kinrara BK5, Sri Petaling, Sungai Besi, Bandar Tun Razak,
Cempaka, Pandan Indah, Maluri, Chan Sow Lin, Pudu, Hang Tuah, Sentul
Timur, PWTC, Bandaraya, Puchong Prima dan Putra Heights menuju ke Masjid
Jamek dan berakhir di hab Bas Pasar Seni.
Tambang bagi perkhidmatan tiga hari ini adalah percuma.
"Mulai 6 pagi tadi pengguna boleh mendapatkan perkhidmatan bas ini dengan kekerapan frekuensi antara 15 – 30 minit.
"Pengguna yang ingin meneruskan perjalanan ke pusat bandar boleh
transit di hentian Masjid Jamek atau Hab Pasar Seni dan seterusnya
menyambung perjalanan dengan LRT Laluan Kelana Jaya," kata Ketua
Komunikasi Kumpulan dan Pemasaran Strategik Prasarana Malaysia Berhad,
Lim Jin Aun dalam kenyataan di sini.
Jin Aun menyarankan pengguna supaya merujuk notis laluan bas
pengantara di stesen-stesen LRT terlibat atau rujuk pegawai operasi yang
bertugas.
"Penutupan
sementara LRT Laluan Ampang dan Sri Petaling bertujuan memberi laluan
kepada kerja-kerja penghijrahan sistem isyarat LRT yang baru.
"Penutupan ini bermula jam 6 pagi hingga 12 tengah malam pada 7, 8 dan 16 Julai 2016.
"Bermula 17 Julai kelak, pengguna akan menikmati pengalaman
perjalanan yang lebih selesa dan mudah dengan tren baharu AMY serta
tidak perlu lagi menukar tren di stesen Sri Petaling bagi pengguna dari
stesen Putra Heights ke Sentul Timur," ujarnya.
Perjalanan dari hujung ke hujung bermula di Stesen LRT Putra
Heights ke Sentul Timur akan mengambil masa selama 65 minit dengan jarak
perjalanan sejauh 37km dengan kadar tambang RM3.50 sehala bagi pengguna
kad MyRapid SMART 30.
"Kami
menggalakan pengguna melayari laman sesawang myrapid.com.my atau ikuti
kami di media sosial untuk mendapatkan informasi terkini mengenai
penutupan sementara ini,” jelasnya lagi. - MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan