KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia
tidak berganjak dari keputusannya untuk meletakkan jawatan sekiranya
perdebatan umum antara Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua
dengan Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development
Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy diteruskan.
“Saya berpegang teguh kepada pendirian, kalau ketetapan saya tidak diterima, saya tidak teragak-agak.
“Kalau itu menjadi masalah kedua-dua pihak (kerajaan dan pembangkang),
maka saya rasa tidak boleh pertahan integriti Parlimen dan saya
sukacitanya meletakkan jawatan sebagai Speaker,” katanya dalam sidang
Dewan Rakyat hari ini.
Menurut Pandikar, beliau tidak menghalang perdebatan itu, namun perkara
berkenaan hanya boleh dilakukan selepas Jawatankuasa Kira-Kira Wang
Negara (PAC) selesai menyiasat 1MDB dan membentangkan laporan kepada
sidang Dewan Rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan