SELANGOR KINI
SHAH ALAM : Communication Corporation Sdn Bhd (CCSB) menafikan sekeras-kerasnya penerbitan akhbar Selangor Kini palsu yang tersebar luas di Kongres Nasional Tahunan KEADILAN 2015 di IDCC, hari ini.
Ketua Pengarang Selangor Kini, Cecelia Alphonsus, berkata penerbitan akhbar palsu yang dicetak lapan muka surat itu berunsur khianat, sabotaj dan mengandungi elemen fitnah melampau.
Justeru, satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada jam 5.30 petang tadi.
“Saya dengan ini memohon Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan dengan kadar cepat, mesra dan betul,” katanya.
Akhbar palsu itu dikesan di kongres sebelum sekretariat bertindak menahan penyebarannya kepada umum.
Dalam akhbar itu, hanya halaman depan dan belakang sahaja menggunakan berita asal Selangor Kini keluaran minggu ketiga November.
Bagaimanapun, isi kandungannya berunsur fitnah dan mengkritik Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali serta polisi pentadbiran Kerajaan Selangor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan