shahbudindotcom
Debat
antara Tony Pua dengan Arul Kanda Kandasamy secara umumnya telah pun
dipersetujui oleh kedua-dua tuan punya badan dan mengikut logik akal,
tiada apa-apa lagi yang sepatutnya boleh menghalang debat itu daripada
menjadi kenyataan.
Tetapi
nampaknya, UMNO dan kerajaan mulai menggelupur kebimbangan dengan debat
itu dan mulai cuba melakukan pelbagai usaha untuk menghalangnya dengan
menjadikan Tony Pua sebagai sasarannya.
Hahahaha....Mari kita ketawa dengan sikap penakut dan pengecut UMNO dan kerajaan itu. Buat malu dengan makcik Felda sajalah....
Hari
ini saja banyak drama telah dipentaskan yang menggambarkan ketakutan
itu. Walaupun cuba menyembunyikannya, jawapan yang tepat ialah TAKUT
DENGAN KEBENARAN.
Drama 1 - Speaker
Parlimen, Pandikar Amin Haji Mulia mengancam untuk meletakkan jawatan
jika debat itu diadakan, kecuali jika Tony Pua meletakkan jawatan
sebagai anggota PAC.
Beliau
juga mengatakan jika Arul Kanda menyertai debat itu, beliau tidak boleh
lagi menjadi saksi dalam siasatan oleh PAC. Kenapa main ugut-ugut orang
lain kalau nak letak jawatan? Dulu ugut nak letak jawatan sebab tiada
kemudahan tandas, sekarang Tony Pua dan Arul pula umpannya?
Drama 2 - Suara
ugutan Pandikar itu kemudian disambut oleh Pengerusi PAC yang baru
Hasan Ariffin, dengan mengatakan Tony Pua seharusnya tidak boleh
bercakap mengenai 1MDB di luar Parlimen dan sebagainya selagi
menganggotai PAC.
Kita
mendengar keputusan Speaker tadi. Saya selaku pengerusi jawatankuasa di
bawah Parlimen patuh kepada arahan itu. Ini bermakna Tony Pua tidak
boleh bercakap tentang 1MDB di luar dan sebagainya, jelas beliau.
Drama 3 - Selepas
itu, Shahrir Samad yang pernah menjadi Pengerusi PAC pula mengeluarkan
kenyataan bahawa Tony Pua bakal berdepan tindakan Parlimen jika
membocorkan maklumat diperolehinya dalam prosiding jawatankuasa itu
ketika berdebat dengan Arul nanti.
Katanya,
sekiranya debat itu berlangsung, Tony Pua dikhuatiri sama ada secara
sengaja atau tidak membocorkan maklumat yang diperolehinya dan mungkin
memberi kesan kepada jawatankuasa itu.
Sehubungan
itu, tegasnya, jika Tony Pua mengambil bahagian dalam debat itu, beliau
berdepan dengan keadaan di mana satu usul boleh dibuat terhadapnya
kerana menghina Parlimen.
Drama 4 - Seorang
lagi pemimpin UMNO iaitu Annuar Musa juga tampil dengan melabelkan Tony
Pua sebagai tidak mempunyai "T" yang bermaksud "tidak bertelur" jika
tidak berani meletak jawatan sebagai anggota PAC untuk berdebat dengan
Arul.
Kata
beliau, jika benar Tony Pua mempunyai bukti kukuh tentang salah laku
1MDB, beliau tidak seharusnya takut untuk meletak jawatan sebagai
anggota PAC dan menumpukan perhatiannya kepada debat itu.
Jika
Tony Pua enggan melepaskan jawatannya dalam PAC yang disifatkannya
sebagai tiada "T", beliau lantas mencadangkan agar Ketua Pembangkang, Dr
Wan Azizah Wan Ismail yang menjadi gantinya untuk berdebat dengan
Presiden 1MDB itu.
Ehh...kalau
nak minta Dr Wan Azizah sebagai gantinya, lawannya bukanlah Arul Kanda,
tetapi seharusnya Najib sendiri. Barulah padan, Ketua Pembangkang lawan
dengan Perdana Menteri dan dapatlah juga kita mengetahui sama ada Najib
ada "T" atau tidak.
Drama 5 - Salleh
Said Keruak yang sebelum ini sudah menyatakan persetujuan untuk
membenarkan RTM membuat siaran langsung untuk debat itu, bahkan sudah
menetapkan tarikhnya pada Jumaat, jam 9 hingga 10 malam, tiba-tiba
membuat pusingan U dengan mengatakan ianya tertakluk kepada pematuhan
terhadap arahan Speaker Parlimen.
Katanya,
syarat yang dimaksudkan perlu dipatuhi untuk siaran langsung itu ialah
Tony Pua mesti meletak jawatan sebagai anggota PAC dan Arul Kanda pula
tidak boleh terlibat sebagai saksi dalam siasatan mengenai 1MDB.
Auta
betul Salleh ni...Esok lusa entah apa drama beliau. Esok lusa juga
entah siapa-siapa lagi akan bercakap dengan nada yang serupa iaitu jika
mahu debat diteruskan, Tony Pua mestilah berundur daripada PAC dan Arul
pula dibebaskan sebagai saksi 1MDB.
Sebenarnya
inilah yang sebetul-betulnya dinamakan penakut dan pengecut tetapi
malu mahu mengaku, bahkan dalam masa yang sama putar alamnya tetap gred
satu.
Sudahlah
Tony Pua dipaksa berundur daripada PAC jika mahu berdebat, bahkan Arul
turut diputuskan tidak boleh lagi menjadi saksi dalam penyiasatan PAC
mengenai 1MDB jika tampil dalam debat itu.
Kenapa
takut jika debat itu melibatkan Tony Pua? Kenapa pula jika Arul muncul
dalam debat, beliau tidak boleh lagi menjadi saksi? Bukankah Arul sudah
banyak bercakap di luar mengenai 1MDB, termasuk dalam televisyen sebelum
ini?
Dalam penakut dan pengecut itu, tetapi maksud tersiratnya tidak lain ialah untuk melindungi 1MDB.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan