Insiden memaparkan pelajar berpakaian sekolah berpelukan dan berciuman
tidak harus berlaku dan tidak harus diperbesar, kata ibu kepada seorang
pelajar itu.
Wanita yang enggan namanya disebut itu berkata, disebabkan video
rakaman itu dikongsi meluas, pelbagai tanggapan negatif turut tersebar.
“Ia tiada apa pun.
“Mereka masih budak mentah, kejadian itu wujud apabila ada orang
bersorak di sekeliling yang memberi provokasi,” katanya sewaktu
dihubungi Malaysiakini.
Dalam siaran video 15 saat itu, kelihatan seorang pelajar perempuan
berlari ke arah si lelaki sebelum berpeluk sambil dikelilingi pelajar
lain.
Lelaki itu pula kelihatan menunggu sambil melutut dan memegang sesuatu, yang dikatakan seutas rantai.
Sebaik berdakap satu sama lain, suasana riuh dan pelajar lelaki tadi kelihatan memberi ciuman pada pipi wanita itu.
Ibu itu menjelaskan anak lelakinya melamar gadis itu untuk ke sebuah
acara tari-menari sempena meraikan pelajar yang menamatkan persekolahan.
Kementerian cari sekolah mana
Bagaimanapun, katanya lagi, ada pihak mengambil kesempatan menggunakan rakaman itu untuk mengeruhkan keadaan.
Beliau menegaskan kedua-dua pelajar itu sememangnya anak yang mendengar
kata, malahan segala tindak-tanduk mereka diketahui ibu bapa.
Kata wanita itu, pelajar yang sudah saling mengenali satu sama lain sejak kecil itu juga tidak pernah keluar berdua-duaan.
“Saya mengenali mereka berdua dan persahabatan mereka diketahui oleh kedua belah keluarga.
“Itu hanya cara mereka meluahkan perasaan, tidak lebih dari itu.
“Ini hanya permulaan hubungan mereka, tapi sudah pasti ia di bawah
pemerhatian ibu bapa dan kejadian seperti itu tidak akan berlaku lagi,”
katanya.
Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Kementerian Pendidikan
dilapor akan menyiasat video yang menjadi viral di laman sosial itu.
Timbalan Menteri Pendidikan P Kamalanathan berkata kementerian itu
masih dalam proses mengenal pasti sekolah yang terlibat, lapor mStar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan