Awal bulan ini diumumkan bahawa posmen di seluruh negara akan bekerja lima hari seminggu berbanding enam hari sebelum ini bermula 1 Januari (1 Februari untuk Sabah dan Sarawak).
Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) Mohd Shukrie Mohd Salleh berkata, penyelarasan itu dibuat sebagai respons kepada tabiat penghantaran mel yang semakin merosot sejak kebelakangan ini.
"Ia pada asasnya sebahagian inisiatif untuk menyelaraskan trend semasa tabiat penghantaran mel. Kita boleh melihat jumlah sebenar mel terus merosot sepanjang tahun," katanya kepada pemberita pada Jumaat.
Bermula 1 Januari 2013, pejabat pos di Semenanjung Malaysia (kecuali Kedah, Kelantan, Terengganu) akan beroperasi pada pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang setiap Isnin hingga Jumaat manakala 8.30 pagi hingga 1.00 petang pada Sabtu.
Manakala bagi cawangan Sabah dan Sarawak, pejabat pos akan beroperasi bermula pukul 8.00 pagi hingga 4.30 petang (Isnin - Jumaat) dan 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari pada Sabtu, bermula 1 Februari 2013.
Pejabat pos mini dan yang terletak di pusat membeli-belah akan beroperasi seperti biasa.
Perkhidmatan PosLaku tidak akan terjejas dengan penyelarasan itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan