WELLINGTON: Bekas diplomat Malaysia mengaku bersalah pada Isnin atas
dakwaan berkelakuan tidak sopan menyerang seorang wanita New Zealand.
Muhammmed Rizalman Ismail yang merupakan bekas kakitangan pertahanan di
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington mengaku bersalah apabila kes
yang berlaku pada tahun lepas menimbulkan kemarahan sejak dia pulang ke
Malaysia di bawah imuniti diplomatik.
Rizalman diektradisi untuk dibicara di mahkamah New Zealand dan mengaku
tidak bersalah atas dakwaan menyerang dengan niat merogol.
Tempoh perbicarannya bermula pada Isnin dan tuduhan asalnya digugurkan
apabila lelaki berusia 39 tahun itu mengaku menyerang Tania Bilingsley
dalam mahkamah.
Ringkasan yang dibacakan dalam mahkamah itu menyatakan pada 9 Mei tahun
lepas, Billingsley sedang berada di rumahnya di Brooklyn kawasan sub
bandar Wellington di mana pejabat kedutaan Malaysia berada dan dia
terdengar ketukan dari pintu biliknya.
Rizalman kemudian masuk dengan keadaan tidak berseluar. Billingsley
menjerit dan bergelut dengan Rizalman dan berjaya menghalaunya keluar
dari rumah sebelum menelefon polis.
Stevens berkata Rizalman memberitahu polis pasangan itu keluar menonton
wayang bersama pada hari tersebut. Ringkasan itu tidak menyatakan sama
ada Billingsley bersetuju.
Pendakwa raya Grant Burston berkata sikap Rizalman lebih kepada dibawah pengaruh dadah.
Rizalman diam ketika jurubahasa sedang membacakan prosiding terhadapnya.
Atas pertuduhan serangan itu dia boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun di New Zealand.
Hakim David Collins berkata perbicaraan mengenai aspek pertikaian kes
akan dibicarakan pada Jumaat sebelum menjatuhkan hukuman. -AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan