ADNAN MOHAMAD
Menteri Besar Kelantan,
Datuk Ahmad Yakob (kanan) pada sidang media selepas Majlis Pelancaran
Jubli Emas PKINK di Kota Bharu, hari ini. Foto TRP/Adnan Mohamad
KOTA BHARU, Pas Kelantan mengibaratkan Parti Amanah Negara (Amanah) seperti parti dalam `beg poli’ yang bercambah selepas diberikan baja dan sentiasa dijirus.
Bagaimanapun, Amanah dianggap tidak akan ke mana-mana kerana hanya berada di dalam ‘bekasnya’ sahaja walaupun segar.
Timbalan Mursyidul Am Pas yang juga
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob secara berseloroh mengatakan
Amanah adalah sebuah parti yang baru bercambah dan Pas akan melihat
setakat mana kekuatannya.
“Pas adalah sebuah parti yang sudah lama…sudah rasai pelbagai cabaran dan gelombang besar.
“Amanah ini saya lihat seperti benih yang
baru bercambah…banyak diberikan baja, jirus air dengan banyak supaya
nampak segar tetapi hanya di dalam ‘polybag’ sahaja,” katanya.
Difahamkan, Amanah yang
ditubuhkan oleh bekas ahli dan pemimpin Pas termasuk bekas Timbalan
Presiden Pas, Mohamad Sabu yang kini Presiden Amanah dikatakan sedang
giat mengumpul keahlian dan Kelantan adalah antara negeri yang mempunyai
keahlian tertinggi.
Konflik antara Pas dan Amanah semakin
meruncing apabila Amanah yang sebelum ini menyatakan tidak akan
menganggu Kelantan membuat pusingan `U’ apabila Mat Sabu secara
tiba-tiba memberitahu Amanah mungkin akan mengambil alih pemerintahan di
Kelantan dan menggantikan Pas.
Ketegangan semakin kuat apabila penubuhan
Pakatan Harapan dengan peranan Amanah dilihat sebagai penganti Pas
dalam pakatan pembangkang itu tidak berfungsi seperti mana kerjasama
pakatan sebelum ini iaitu Pakatan Rakyat.
Pada masa sama, Pas juga dikatakan melihat seolah-olah Amanah hanyalah `anak didik’ kepada musuh ketatnya iaitu DAP.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan