Bajet 2016 Untuk Penjawat Awam : Kenaikan Gaji Tahunan Naik Dapat 2 Kali dan Gaji Minimum RM1,200
KLIK SINI : Kenaikan Elaun Perumahan 2015 Naik Daripada RM180 Kepada RM300 Untuk Gred 41 Ke Bawah!
Sekelompok golongan kelas menengah yang
masih teraba-raba bahagian mereka dalam intipati Bajet 2016 Malaysia
kali ini apatah lagi melihatkan anak-anak mereka sukar dapat pinjaman
penuh PTPTN, tidak dapat BR1M, dibebankan pula dengan kenaikan tol, mahu
dapatkan rumah PR1MA sukar sekali, rumah mesra hanya tinggal
angan-angan sahaja, cukai pendapatan masih lagi tinggi buat mereka
tetapi mereka tetap patuh dan setia bayar kepada kerajaan Malaysia,
poket mereka bocor setiap hari dengan bayaran cukai GST 6 peratus,
bantuan khas jauh sekali.
Walaubagaimanapun golongan penjawat awam
di Malaysia ada sedikit sebanyak berita gembira untuk anda. Berbanding
pembentangan bajet Malaysia sebelum ini, Bajet 2016 kali lebih banyak
bantuan terus kepada 1.6 juta kakitangan awam di Malaysia.
Bajet 2016 untuk penjawat awam kali ini
dilihat sedikit sebanyak dapat memberikan kekuatan untuk mereka menempuh
gelombang kos sara hidup di Malaysia pada ketika ini.
Bajet 2016 Untuk Penjawat Awam : Gaji Minimum Naik, Kenaikan Gaji Tahunan KGT 2 Kali etc
1) Maknanya selepas ini, bermula bulan
Julai 2016 akan datang, gaji minimum penjawat awam akan bermula serendah
RM1,200 sebulan. Ini bermakna penjawat awam paling bawah seperti gred
11 termasuk “ofis boy” dan atendan akan menikmati gaji minimum naik
kepada RM1,200 sebulan yang mana 60,000 kakitangan kerajaan turut akan
menikmati tempiasnya.
2) Jikalau sebelum kenaikan gaji tahunan KGT terbahagi kepada 4 :
- Kenaikan Gaji Tahunan KGT Januari : bagi lantikan 1 Januari hingga 31 Mac
- Kenaikan Gaji tahunan KGT April : bagi lantikan 1 April hingga 30 Jun
- Kenaikan Gaji tahunan KGT Julai : bagi lantikan 1 Julai hingga 30 September
- Kenaikan Gaji tahunan KGT Oktober : bagi lantikan 1 Oktober hingga 30 Disember
Ini bermakna anda akan menerima 2 kali
kenaikan gaji tahunan pada tahun 2016 disebalik pengumuman satu
pemindahan gaji bersamaan dengan 1 KGT pada Bajet 2016 untuk kakitangan
awam kali ini. Tahniah:
- KGT Januari akan dapat juga sekali lagi pada Julai 2016
- KGT April akan dapat juga sekali lagi pada Julai 2016
- KGT Julai akan dapat 2 kali sekaligus pada Julai 2016
- KGT Oktober 2016 akan dapat sebelum itu pada Julai 2016
Masih tidak jelas lagi? Ok baik. Jikalau anda gred DH41 contohnya.
- Anda akan menerima kenaikan gaji tahunan RM225 pada Januari contohnya.
- Sekali lagi anda akan menerima RM225 pada Julai 2016 kelak
3) Jikalau anda pekerja kontrak di
sektor awam dan telah pun berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun
lamanya, akhir penantian anda berakhir selepas ini di mana akan
diserapkan terus ke jawatan tetap selepas ini. Tahniah!
Lagi butirannya boleh anda semak pada gambar-gambar di bawah ini….
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.