KUALA LUMPUR,  Sebahagian daripada siling di Kompleks Mahkamah Jalan Duta runtuh selepas paip air didapati pecah berhampiran kedai runcit di tingkat bawah.

Kafeteria itu dilanda banjir dengan air setinggi pergelangan kaki kembali reda sekitar jam 10 pagi.
Difahamkan, kebocoran di siling itu sudahpun berlaku kira-kira dua minggu lalu.

Lima tahun lalu, sebahagian daripada siling berhampiran pejabat pos juga runtuh akibat paip pecah.