MICHAEL MURTY
Kok berkata, MCA dan
Gerakan tidak akan menerima tawaran itu, kerana prinsip politik mereka
tidak sama dengan PH. - Foto arkib TRP/ Daniel Chan
KUALA LUMPUR, Pakatan Harapan (PH) membuka pintu kepada parti komponen Barisan Nasional (BN) untuk menyertai pakatan baru itu.
Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok berkata,
PH mengalu-alukan mana-mana parti komponen BN dan parti lain yang
bersetuju dengan dasar serta prinsip pakatan baru itu.
“Jika parti-parti ini bersetuju dengan keputusan dan kerangka dasar PH, kami mengalu-alukan penyertaan mereka.
“Ini juga adalah perkara yang
dibangkitkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika
penubuhan PH,” kata Ahli Parlimen Seputeh itu kepada The Rakyat Post.
Bagaimanapun, beliau berpendapat, MCA dan Gerakan tidak akan menerima tawaran itu.
“Mereka adalah parasit Umno dan tidak boleh hidup tanpa Umno/BN.
“Prinsip
politik mereka amat berbeza daripada ketiga-tiga parti (dalam PH).
Macam mana mereka nak sertai Pakatan Harapan?” soalnya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Serdang, Dr
Ong Kian Ming turut mengalu-alukan penyertaan parti lain yang mempunyai
objektif sama dengan PKR, DAP dan Parti Amanah Negara dalam PH.
“Semua parti yang menolak rasisme, hendak
menghapuskan rasuah dalam negara dan menyelamatkan masa depan negara
kita daripada laluan sekarang, dialu-alukan menyertai pakatan
pembangkang yang baru.
“Ini termasuk semua parti-parti bukan Umno dalam BN,” katanya.
Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli pada
Selasa lalu berkata, parti komponen BN, seperti MCA, Gerakan dan parti
lain di Sabah dan Sarawak dialu-alukan menyertai PH, jika mereka menolak
politik berasaskan perkauman.
Jelasnya, mereka tidak mempunyai masalah untuk menerima parti lain yang bersetuju dengan kerangka dasar PH.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan