Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata bil permbesihan sampah bagi Himpunan Rakyat Bersatu semalam berjumlah RM38,000.
Dalam Twitternya, pengarah komunikasi strategik BN itu berkata beliau mendapat pengesahan jumlah itu daripada Alam Flora.
Perhimpunan semalam berlangsung selama lapan jam berbanding 34 jam bagi perhimpunan BERSIH 4 yang diadakan pada 29 dan 30 Ogos.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan bil pembersihan sampa berjumlah RM65,000.
Bil itu diserahkan kepada BERSIH 2.0 pada 7 September lalu.
Sebelum itu, Abdul Rahman berkata bil pembersihan sampah akan dihantar kepada penganjur Himpunan Rakyat Bersatu.
"Mereka sedang menentukan jumlahnya. Bil itu akan diserahkan kepada penganjur demonstrasi," kata Abdul Rahman dalam Twitternya hari ini.
Sampah sarap dibuang di kawasan Padang Merbok dan Jalan Parlimen selepas perhimpunan itu semalam.
Sebelum ini, Abdul Rahman yang juga MP Kota Belud mengarahkan DBKL mengenakan bil pembersihan sebanyak RM65,000 keapda penganjur BERSIH.
Dalam Twitternya lagi, beliau mengekui terdapat sampah di Padang Merbok tetapi tidak berbau hancing seperti perhimpunan BERSIH.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan