[ULASAN] Kini
semakin jelas bahawa PKR cuma 'ajak-ajak ayam' apabila mempelawa PAS
menyertai rundingan meja bulat untuk menubuhkan suatu gagasan
pembangkang baru dalam menghadapi pilihanraya umum ke-14 kelak.
Lakonan
politik PKR dilakukan dengan agak dramatik agar ia kelihatan sesuatu
yang jujur dan dapat menghindar persepsi bahawa ia sebenarnya tidak mahu
PAS akan 'menjejaskan' Pakatan Harapan yang diumumkan penubuhannya pada
Selasa, 22 September 2015.
Drama ini bermula dengan saranan dari penjara Sungai Buloh apabila
Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan tentang
harapannya supaya PAS turut dijemput menyertai rundingan Pakatan 2.0.
Berikutan itu, pemimpin-pemimpin PKR mula melakonkan watak
masing-masing sehingga Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali kelihatan
seolah-olah 'bertegang urat leher' dengan pemimpin DAP yang tidak mahu
PAS turut serta.
Ada juga kemungkinan bahawa DAP turut berlakon dalam drama politik ini
dengan menyuarakan pendirian tegas tidak mahu PAS ada bersama demi terus
mendapat 'restu' ahli-ahlinya yang memang alergik terhadap PAS.
Sementara Parti Amanah Negara yang masih belum sah pendaftarannya
tiba-tiba turut melunakkan pendiriannya dengan 'menerima kehadiran PAS'
dengan syarat ia harus 'belajar menghormati konsensus Pakatan'.
Natijah
yang PKR dan DAP harapkan ialah agar PAS atas nama prinsip dan maruah,
benar-benar enggan menyertai pakatan baru itu. Sebab itu, alasan yang
diberikan oleh PAS harus ditimbangkan secara saksama.
"Persidangan yang dibuat sedikit tergesa-gesa, kita (PAS) perlu
berbincang terlebih dahulu kerana wakil-wakil kita perlu membuat mandat
parti.
"Kita sendiri belum melakukan perbincangan secara terperinci mengenai
beberapa perkara termasuklah pendirian parti," kata Setiausaha Agung
PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.
Menurut Takiyuddin, tempoh masa notis pemberitahuan mengenai perbincangan berkenaan juga terlalu pendek.
"Kita perlukan masa. Semasa pertemuan dengan PKR tempoh hari, kita tidak dimaklumkan secara spesifik tentang perkara ini.
"Sekiranya tidak ada perbincangan terperinci, PAS bimbang tidak dapat
mengambil bahagian dengan baik dalam perbincangan itu," katanya.
Sebelum itu, PKR telah mengadakan perbincangan dengan pimpinan PAS bagi
memeta pelan baru untuk menghidupkan kerjasama pembangkang menghadapi
pilihanraya umum ke-14.
Malangnya, menurut Takiyuddin, tajuk perbincangan meja bulat berkenaan juga tidak dimaklumkan kepada PAS.
PKR mungkin berharap rakyat tidak menyalahkannya kerana tidak membuat
tawaran pada PAS. Sekaligus ini akan menyorokkan sifirnya yang sebenar
untuk membawa masuk Amanah tanpa banyak soal tentang kemampuan parti itu
menjadi pengganti PAS dalam Pakatan Harapan.
Plot sempurna sisihkan PAS
Kenyataan Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub menyerlahkan
kemungkinan ini apabila beliau menganggap pendirian PAS yang enggan
bekerjasama dengan DAP dan partinya itu akan memudahkan lagi parti
pembangkang membentuk sebuah pakatan baru.
Salahuddin berkata, oleh kerana PAS keberatan bekerjasama, Amanah, PKR
dan DAP bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pro-pembangkang akan
mempercepatkan lagi penubuhan muafakat baru itu tanpa PAS.
"Amanah mengulangi pendirian dan komitmen bahawa kami akan bersama
dengan tuntutan rakyat untuk bersama dalam pakatan baru pembangkang bagi
membawa perubahan politik," katanya.
Menurut Salahuddin, Amanah telah beberapa kali menyatakan kesediaan
untuk bersama semua pihak termasuk PAS bagi menyertai perbincangan ke
arah menubuhkan muafakat politik baru.
Beliau dalam pada itu menyerahkan kepada rakyat untuk menilai sendiri
pendiran PAS yang menolak untuk berada dalam kerjasama politik baru
parti pembangkang sebaliknya hanya mahu bekerjasama dengan PKR.
Perihal PAS telah memutuskan hubungan kerjasama politik dengan DAP
bukan satu rahsia lagi. Soal PAS tidak mahu bekerjasama dengan
'pengkhianat parti' yang kini menerajui Amanah juga bukanlah suatu
misteri.
Bagaimanapun yang menjadi persoalan mengapa PKR berlagak seolah-olah ia
bersungguh mahu PAS kembali ke pangkuan Pakatan Rakyat walaupun tahu
bahawa PAS tidak akan mahu bekerjasama dengan DAP dan Amanah?
PAS konsisten mengatakan ia masih bertahaluf dengan PKR. Namun
mengambil kira reaksi PAS pada isu menteri besar Selangor tahun lalu dan
drama politik kali ini, timbul persoalan adakah PKR juga mahu
meleraikan tahalufnya dengan PAS?
Kini dengan pengumuman penubuhan Pakatan Harapan, sempurnalah plot
politik yang disusun untuk menyisihkan PAS daripada pemuafakatan
pembangkang.
7 ulasan:
PAS usah bermain dengan propaganda murah agar ahli bawahan dan penyokong tegar percaya dengan segala putar belit pemimpin yang sudah hilang kredibiliti itu.apakah PAS selama ini tidak peka denga situasi sekarang apakah PAS masih tidak mendapat mandat dari ahli untuk membuat keputusan terpenting seperti ini adakah pemimpin sudah hilang fukus untuk menuju kematlamat yang hendak dituju atau PAS telah hilang kepercayaan dari ahli sendiri atau PAS sekarang cuba hendak mempamerkan secara sandiwara kononnya PAS masih utuh kewibawaan pemimpin mereka pada hala pemimpin mereka telah bercakaran sesama sendiri ,lihat saja TITM bercakap dengan nada yang memujuk tapi presiden bersuara macam hendak menerkam ahli sendiri seperti hendak menerkam musuh.
Konspirasi politik? Bunyinya macam alasan2 dan putar belit yang selalu digunakan oleh najib, juak2nya dan UMNO. Adakah satu konspirasi politik apabila PAS membuat keputusan untuk memutuskan hubungan dengan DAP? Adakah satu konspirasi politik apabila pimpinan2 PAS yang amat yakin dengan kewujudan PR dihalau dan ditendang keluar dari PAS? Adakah konspirasi politik tu dari musuh PAS atau dari Hj Hadi dan para pengikut2nya sendiri? Kronologi peristiwa yang telah berlaku di dalam dan di luar PAS telah menyerlahkan kebenarannya. Tiada kosnpirasi politik yang wujud untuk menendang PAS keluar dari Pakatan rakyat bahkan terpinggirnya PAS adalah disebabkan oleh kehendak pimpinan baru PAS yang taat dengan keinginan Tuang Presideng mereka.
Sekarang ni pun mereka sendiri tengah kucar-kacir, mana nak pastikan kesinambungan sokongan rakyat bukan ahli PAS sambil berkuntau untuk pastikan Tuang Presideng mereka boleh ikut kepala dan otaknya sendiri walaupun tindakan tu sebenarnya tidak menggunakan otak dan akal. Dalam banyak hal, Tuang presideng PAS adalah 'the worse enemy" kepada PAS kerana tidak cerdik bacaan politiknya dan juga tidak amanah serta tidak yakin dengan sesuatu keputusan yang diambilnya. PKR mungkin hanya "ajak2 ayam" dalam menjemput PAS menyertai PR yang baru tetapi sejarah sudah tercatat bahawa Tuang Presidenglah yang berkeras menolak dan menentang dan para pengikut2nya ramai yang terlepas kata berminat untuk menyertai PR telah terpaksa buat konar baring.
Parti islam yang mana pemimpin2nya banyak buat U-turn, ubah cerita dan dolak-dalik, bukankah itu satu kejanggalan? Islam menolak sikap berpura2 dan hipokrit tetapi parti yang mengaku menegakkan islam banyak sekali pura2nya dan berubah2 wajahnya. Sekarang apabila dipinggirkan dari muafakat parti pembangkang kerana tulahan sendiri, ingin menuduh orang lain sebagai penyebabnya dengan mengemukakan satu teori konspirasi politik? Lupakanlah sahaja wahai PAS dan para pengampu2. Teori konspirasi politik akan berjaya jika rakyat mudah terpedaya dan naif tetapi dalam alaf yang baru ini, rakyat sudah mula cerdik membaca helah dan tipu daya politik yang dangkal. Ahli2 PAS yang sudah diwalaunkn mungkin dapat terima tetapi rakyat yang sedang mencari parti politik yang jujur dan berhemah, sudah tentu tidak terliur mahupun suka dengan helah ini. Belajarlah berlaku jujur dengan diri sendiri dan mungkin dari situ PAS dapat berlaku jujur dengan rakyat. Pada masa ini rakyat melihat PAS tidak lain dan tidak bukan hanyalah saudara kembar UMNO yang bezanya hanyalah berkopiah, berserban dan bertudung sahaja. No more and no less!
Nick.
Cape Tiger
Pas mmg lembab.
Kalau tak bersedia 100%, at least pergi la dengar apa yg nak dibincangkan.
Ni tidak....langsung tak hantar orang.
YB Mahfuz pun pergi atas kapasiti sendiri..
Itupun ada makhluk yg hentam macam2 dan disuruh ambil tindakkan pada YB Mahfuz
kalau benar konspirasi kenapa takut nk dtg
masa tu la berani berdepan dn dedah konspirasi
pas kn byk pemidato hebat mcm Ust Nassurdin Daud
yg suka menjerit ceramah tu
hantar lah dan debat lah guna nas2
dh tk berani takut segan malu nk bersemuka
mula la reka cerita konspirasi
konspirasi nk berbaik dgn umnu dan khianat rakan sendiri
semenjak kemenangan PR di perak dulu tu apa
jgn bagi alasan kemudian ponteng
byk alasan hanya bg org yg banyak MEMBOHONG
Memang tepat PAS x join Pakatan Haraman ehhh Harapan.. kami x mahu sesekali melihat sekali lagi islam dipinggirkan lantaran senantiasa hendak disesuaikan mengikut aspirasi DAP oleh G18 yg mengaku AMANAH tp sebenarnya AMA(na)H DAP!
Inilah yg dikatakan sbg sombong bodoh.. sudahlah lembab buat keputusan, terserlah pula lembab ambil tindakan.. lastly ... u turn..
Nak cover kebongkakan, dituduhnya org lain sbg pengkhianat, main drama, lidah bercabang dan bagai..
Kalau dah rasa cukup kuat.. yakin dgn kekuatan sendiri.. silakan.. tak perlulah nak bertahalluf dgn sesiapapun.. geraklah sendiri.. tak perlu tambah musuh dan tak perlu tambah bilangan ahli yg semakin meluat dgn gaya politik memualkan itu. Bersama kembali ke landasan Islam sebenar.
Inilah yg dikatakan sbg sombong bodoh.. sudahlah lembab buat keputusan, terserlah pula lembab ambil tindakan.. lastly ... u turn..
Nak cover kebongkakan, dituduhnya org lain sbg pengkhianat, main drama, lidah bercabang dan bagai..
Kalau dah rasa cukup kuat.. yakin dgn kekuatan sendiri.. silakan.. tak perlulah nak bertahalluf dgn sesiapapun.. geraklah sendiri.. tak perlu tambah musuh dan tak perlu tambah bilangan ahli yg semakin meluat dgn gaya politik memualkan itu. Bersama kembali ke landasan Islam sebenar.
Catat Ulasan