MINA: Tindakan menunaikan haji tanpa permit mengakibatkan 358,756
jemaah dihalang memasuki Tanah Suci untuk melaksanakan ibadah itu musim
ini.
Agensi Berita Saudi (SPA) melaporkan, pihak berkuasa Arab Saudi
bertindak sedemikian ketika menjalankan sekatan jalan memasuki bandar
ini.
Komander bahagian media di Jabatan Keselamatan Awam Kolonel Sami
Al-Shuwairekh, berkata, jumlah kenderaan yang dirampas atau diarah
berpatah balik kerana membawa jemaah tanpa permit haji mencecah 132,767.
Bercakap pada sidang akhbar bersama ketua pasukan keselamatan yang
mengambil bahagian dalam operasi haji di Mina, Sami berkata, pihak
berkuasa juga memulakan tindakan undang-undang terhadap 70 pegawai palsu
yang menipu jemaah.
Beliau menambah, sebanyak 1,636 kenderaan ditahan kerana membawa jemaah tanpa permit.
Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Mejar Jeneral Mansour Al-Turki
berkata, setakat ini tidak ada kejadian berkait dengan keganasan atau
tindakan subversif diterima.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan