Menurut ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu, keputusan menamakan Anwar sebagai calon perdana menteri menimbulkan pelbagai isu sekiranya tidak disusuli dengan penelitian terperinci dari sudut undang-undang memandangkan ketua umum PKR itu disabitkan bersalah dan sedang menjalani hukuman penjara.
"Perkara itu (keputusan pilih Anwar) perlu mengambil kira tentang undang-undang sama ada praktikal atau tidak," katanya seperti dilaporkan akhbar milik Umno itu.
Sebelum ini, Presiden PKR, Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail semasa sidang meja bulat Pakatan Harapan mengumumkan suaminya sebagai calon perdana menteri sekiranya mereka berjaya merampas Putrajaya daripada Barisan Nasional (BN).
Katanya, keputusan itu dikekalkan kerana pihaknya percaya Anwar pemimpin paling sesuai menagani pelbagai isu nasional seperti kemelut ekonomi, salah urus tadbir dan kebajikan rakyat.
Anwar disabitkan bersalah kerana meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan dan sedang menjalani hukuman penjara 5 tahun.
Sementara itu, PAS pula melihat keputusan Pakatan Harapan itu sebagai tidak realistik.
Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata, keputusan tersebut tidak boleh dianggap konklusif kerana Anwar masih berada di dalam penjara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan