NAWAR FIRDAWS
Jamal berkata, atas dasar
prihatin dan kesedaran untuk menyelesaikan masalah yang besar ini, kami
hanya menawarkan perkhidmatan ini kepada yang berminat dengan bayaran
sekadar dua gantang beras sahaja. Foto fail TRP
KUALA LUMPUR, Pemimpin Umno kumpulan baju merah menawarkan perkhidmatan `cina buta’ sebagai penyelesaian kepada krisis perkahwinan yang sedang dialami Ahli Parlimen Pas yang menyertai Parti Amanah Negara (PAN).
Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk
Jamal Md Yunos, berkata bagi mengelakkan daripada melakukan dosa
berpanjangan oleh Ahli Parlimen PAN dan isteri mereka, beliau bersama
Gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu Islam menyediakan 35
sukarelawan bagi perkhidmatan itu.
`Cina buta’ adalah istilah yang digunakan
dalam masyarakat kita terhadap pakatan bekas suami dengan lelaki lain
supaya mengahwini isterinya, yang diceraikan dengan talak tiga, dengan
mensyaratkan supaya lelaki itu menceraikannya semula isterinya selepas
itu, bagi membolehkan dia merujuk kembali dengan isterinya.
Dalam perundangan Islam, ia disebut sebagai nikah muhallil.
“Kami mempunyai seramai 35 orang
sukarelawan yang berumur linkungan 35 tahun, berstatus bujang dan duda
sedia untuk memberi perkhidmatan “Cina Buta”.
“Kami menyeru kepada bekas-bekas
kepimpinan PAS yang terlibat dan beminat, untuk menghubungi kami bagi
berbincang lanjut mengenai tawaran ini,” kata Jamal dalam satu kenyataan
yang dikeluarkan hari ini.
Dia berkata, adalah berdosa bagi Ahli
Parlimen antaranya termasuk Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan
Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud, untuk mereka terus duduk
sebumbung dengan bekas isteri tambahan lagi, ini bukan kes cerai yang
boleh diruju’
Ini susulan aku janji kepimpinan Pas
terhadap parti yang jika secara sukarela keluar daripada parti itu bagi
menyertai parti lain, menyebabkan jatuh talak tiga ke atas isteri-isteri
mereka, melalui lafaz taklik yang telah diikrarkan dalam Baiah
Kesetian.
“Atas dasar prihatin dan kesedaran untuk
menyelesaikan masalah yang besar ini, kami hanya menawarkan perkhidmatan
ini kepada yang berminat dengan bayaran sekadar dua gantang beras
sahaja.
“Terma dan syarat lain mengenai tawaran
ini terutama tempoh perkahwinan boleh dibincangkan dengan lebih lanjut
kemudian,” kata Jamal.
Sementara itu, ketika dihubungi The
Rakyat Post bagi mengulas mengenai tawaran terbabit, Khalid Samad
menyifatkannya sebagai `kebudak-budakan’ dan meminta Jamal memberi
tumpuan terhadap masalah yang membelenggu Umno.
“Kenyataan bodoh seperti itu hanyalah
bertujuan untuk menarik perhatian orang ramai. Dia sepatutnya
menyelesaikan masalah yang dihadapi partinya terlebih dulu sebelum sibuk
mencampuri urusan orang lain,” katanya.
Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/09/05/baju-merah-tawarkan-perkhidmatan-cina-buta/#ixzz3kuT0f6iM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan