Sungai Kerian yang memisahkan bandar Parit Buntar, Perak dengan Bandar Baharu, Kedah terus mengalir lesu membawa bersama kenangan tragedi yang berlaku 42 tahun lalu.Namun bagi keluarga
27 mangsa yang nyawa mereka diragut dalam tragedi itu, berapa lama
sekali pun masa yang diambil, kesedihan yang dibendung, tidak mungkin
hilang. Kisah itu akan terus diwarisi kepada generasi akan datang.
Tanggal 13 September 1972, tidak mungkin dapat dilupakan mereka yang
terbabit, sama ada mangsa atau keluarga mereka. Malah seluruh penduduk
di kedua-dua bandar sempadan ini akan terkenang peristiwa sebuah feri
yang muatannya termasuk bas sekolah yang dinaiki pelajar SMJK (Cina)
Kerian, karam.
Akibatnya, 27 jiwa, kebanyakannya pelajar sekolah berkenaan, terkorban. Mereka tenggelam bersama feri dan muatannya ke dasar sungai.
Insiden ngeri itu menyebabkan perkhidmatan feri yang menghubungkan Parit Buntar - Bandar Baharu dihentikan serta-merta. Ia kemudian digantikan dengan pembinaan Jambatan Sultan Idris pada tahun berikutnya.
Selain kisah sedih hilangnya 27 nyawa dalam kejadian itu, tragedi tersebut turut menyingkap kisah keberanian seorang wira yang sanggup menggadai nyawa untuk menyelamatkan mangsa feri karam tanpa mengira bangsa dan agama.
Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa menyifatkan pengorbanan pemandu feri, mendiang S Annamalai yang turut menghembuskan nafas terakhir akibat terlalu penat setelah berhempas pulas menyelamatkan tujuh pelajar berbangsa Cina adalah contoh terbaik kisah keberanian rakyat negara ini.
Semangat keberanian
Mujahid berpendapat, pengorbanan mendiang Annamalai sebagai wira, wajar diabadikan dalam kisah sejarah negara yang menekankan aspek perpaduan rakyat berbilang bangsa dan agama.
“Begitu juga dengan kisah keberanian seorang remaja Tionghua pada waktu kejadian yang turut membantu menyelamatkan mangsa sehingga dikurniakan Pingat Hang Tuah. Seharusnya kisah sejarah yang menaikkan semangat perpaduan dalam kalangan generasi muda diabadikan melalui pembinaan satu monumen batu peringatan bagi memperingati peristiwa bersejarah itu.
“Selain itu, saya percaya kisah keberanian dua wira setempat itu mampu dijadikan pendedahan berguna kepada golongan muda supaya mereka merasai semangat keberanian dan cintakan rakyat Malaysia tanpa mengenal agama, bangsa dan fahaman politik,” katanya.
Beliau merancang memohon surat secara peribadi kepada Majlis Daerah Kerian (MDK) untuk meminta tapak membina monumen bagi memperingati tragedi feri karam itu. Malah pihaknya bersedia untuk melakukan kutipan derma melibatkan seluruh penduduk Parlimen Parit Buntar sekiranya tiada peruntukan disediakan oleh pihak berkuasa tempatan.
“Perkara ini perlu dilaksanakan secepat mungkin kerana pembinaan monumen itu mampu jadi tarikan pengunjung terutama mereka yang ada kaitan dengan tragedi ini termasuk ahli keluarga mereka. Apa yang lebih penting, ia mampu jadi simbol perpaduan kaum dalam menghadapi sesuatu musibah," katanya.
Cucu mendiang Annamalai, R Kumaran, 27, sama sekali tidak menyangka majlis memperingati tragedi kejadian feri karam di Sungai Kerian yang berlaku 40 tahun lalu yang dianjurkan Persatuan Murid-Murid Tua SMJK (C) Kerian turut meraikan jasa dan pengorbanan datuknya.
Menurutnya, walaupun mereka sekeluarga masih bersedih atas pemergian mendiang namun masing-masing berbangga dengan semangat pengorbanan yang ada pada dirinya.
“Majlis ini saat yang membanggakan kami memandangkan generasi baru kini sudah melupakan peristiwa bersejarah dan nilai positif yang dapat diteladani daripada tragedi itu.
“Bagi saya, pembinaan monumen memperingati sejarah tragedi feri karam adalah sesuatu yang perlu memandangkan dahulunya pernah ada satu monumen kecil yang kemudian dirobohkan pihak berkuasa tempatan bagi memberi laluan kepada pembinaan Taman Pinggiran Sungai Kerian,” katanya.
Dalam pada itu, wakil Persatuan Murid-murid Tua SMJK (C) Kerian, Beh Swee Chaik berharap majlis sebegini dilaksanakan pada skala lebih besar pada masa hadapan memandangkan tragedi feri karam itu merupakan salah satu sejarah penting penduduk Parit Buntar.
“Bagi saya, peristiwa itu penting kerana ia penuh dengan nilai-nilai perpaduan, setia kawan dan keberanian yang sewajarnya dijadikan pedoman seluruh rakyat negara ini untuk memastikan masyarakat Malaysia bersatu-padu dan hidup harmoni.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan