ADA pelbagai cara dan reaksi pemimpin dunia melayani
pengkritik. Ada yang bersikap begitu keras, di samping ada yang lunak
dan penuh bijaksana.
Pada zaman Firaun dan raja-raja dahulu kala, pengkiritiknya lanGsung diseksa dan dibunuh, sementara pada zaman moden ada pelbagai cara pemimpin negara masing-masing menghadai pengkritik.
Pada zaman Revolusi Kebudayaan di China di tahun 60-an, iaitu ketika Mao Tze Dong berkuasa penuh, pengkritik tidak dibenarkan lanGsung wujud. Akhbar dikawal rapi, di mana akhbar Harian Rakyat hanya di tampal di tembok kota-kota besar di Negeri China dan di situ sajalah rakyat boleh membacanya untuk mendapat maklumat.
Menurut sebuah buku ‘Education In China’ menyebut bahawa editor kanan akhbar ‘Harian Rakyat’ setiap petang dipanggil mengadap Perdana Menteri Chou-En-Lai atau pemimpin kanan yang lain. Editor kanan itu menunjukkan senarai berita utama yang hendak disiarkan dalam ‘Harian Rakyat. Chou-En-Lai lalu memilihnya sendiri – yang mana hendak dibesarkan dan yang mana hendak dikecilkan, serta yang mana dibuang terus.
Tidak ada kritikan yang boleh disiarkan oleh akhbar itu, demikian juga keadaannya di radio Bejing. Inilah keadaan yang berlaku di China di zaman Mao Tze Dong berkuasa.
Bagaimana pula di Amerika, tentu saja berbeza kerana ia sebuah negara demokrasi, walaupun wujud cacat cela dan diskriminasi secara langsung mahupun tidak langsung.
Pengalaman Almarhum Presiden Soekarno dari Indonesia bertemu dengan Presiden John F. Kennedy di Oval Office, Rumah Putih di Washington di awal 60-an sangat menarik. John F. Kennedy mengundang Soekarno ke Rumah Putih, ketika Prersiden Indonesia itu dan rombongannya melawat Amerika.
Dalam pertemuan itu, Soekarno mengadu kepada Kennedy: “Mengapa media di negara tuan sangat bermusuh dengan Indonesia dan juga terhadap saya sendiri sebagai presidennya. Setiap hari akhbar Amerika mengkritik kami.”
Presiden Kennedy tersenyum lalu menjawab: “Saya faham perasaan tuan dan saya bersimpati dengan tuan, tetapi bukan tuan saja yang dikritik oleh media kami. Saya sendiri sebagai presidennya juga tidak terlepas dari kritikan tajam media kami, bagaimanapun itulah warisan tradisi kebebasan akhbar di negara kami dan inilah juga yang mengharumkan demokrasi di Amerika.”
Presiden Amerika, Thomas Jefferson pernah mengungkapkan: “Saya lebih rela hidup dalam sebuah negara yang mempunyai akhbar tanpa kerajaan daripada hidup di sebuah negara yang mempunyai kerajaan, tetapi tanpa akhbar.”
Ini pandangan dua presiden Amerika yang menggambarkan keperihatinan mereka mengenai kebebasan akhbar dan keterbukaan mereka untuk dikritik.
Pada zaman klasik Melayu, berlainan pula pembesarnya melayani golongan penulis dan pengkritik. Pada suatu hari raja Melaka memanggil penulis istana, Tun Sri Lanang, yang juga pengarang Sejarah Melayu, lalu Raja Melaka itu mengingatkan Tun Sri Lanang:
“Tun Sri Lanang, tulislah yang baik-baik saja mengenai negeri Melaka ini, supaya dapat dibaca oleh anak cucu di kemudian hari.”
Ini bermakna sudah ada sekatan pada waktu itu, yakni pembesar negara mengingatkan supaya pengarang menulis yang baik-baik saja mengenai negeri Melaka ini dan jangan mengkritik.
Demikianlah mengenai pembesar negara melayani pengkritik di mana-mana. Di negara Arab hingga kini, kita sangat sukar bertemu dengan kritikan terhap pemerintah, terutama raja-rajanya, menggambarkan tiadanya demokrasi di negara itu.
Hampir-hampir tidak ada kritikan atau pandangan berbeza yang disiarkan baik akhbar mahupun di TV negara Arab, menggambarkan wajah negara Arab.
Sejak beberapa tahun ini, terutama selepas pemerintahan tentera pimpinan Presiden General As-Sisi, beratus-ratus wartawan dipenjarakan, termasuk beberapa orang wartawan al-Jazeera. Mereka dihadapkan dengan pelbagai tuduhan palsu di Ibu kota Mesir. Salah seorang yang ditahan adalah mantan wartawan BBC, Peter Greste.
Departemen Luar Negeri Amerika menuduh Mesir sengaja mensasarkan wartawan dengan tuduhan palsu dan langkah itu menunjukkan "tidak dipedulikannya perlindungan hak asasi."
Sementara itu, menerusi Indeks Kebebasan Akhbar 2014 yang dikeluarkan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) di Perancis, Malaysia berada pada kedudukan ke-147 daripada 180 negara yang disenaraikan.
Kedudukan itu meletakkan Malaysia di bawah negara lain yang kurang membangun seperti Bangadesh (146), Myanmar (145) dan Cambodia (144).
Pada 2013, Malaysia sudah pun jatuh ke kedudukan terkebawah, iaitu di tangga ke-145 daripada 179 buah negara dalam Indeks Kebebasan Media 2013 – pencapaian terburuk sejak indeks tahunan RSF diperkenalkan pada 2002.
Malaysia terjunam 23 anak tangga pada 2013 memandangkan negara ini diletakkan di tangga ke-122 pada 2011/2012 untuk Indeks Kebebasan Media.
Sementara itu, rakyat Inondesia sedang menikmati kebebasan media yang sangat menyerlah, di mana pengkritik melakukan kritikan secara terus terang terhadap Presiden Sosilo Bambang Yudhoyono ketika beliau memerintah.
Medianya melaporkan berita lebih telus dan jujur mengenai dasar kerajaan berbanding media tempatan di negara lain.
Kebebasan media di Indonesia itu adalah sebahagian daripada hasil kejayaan rakyat negara itu setelah melakukan reformasi sehingga tergulingnya Presiden Soeharto pada tahun 1998.
Kebebasan media di negara itu adalah usaha bekas Presiden B.J. Habibie yang membuka gerbang demokrasi begitu luas sekali setelah beliau berkuasa sebagai Presiden Indonesia Ketiga walaupun tidak lama.
Beliau yang dianggap presiden unggul berjiwa besar memberikan nikmat demokrasi kepada rakyat Indonesia kerana beliau percaya bahawa pemimpin yang kuat tidak mudah tergugah dengan kritikan.
Kini dalam era digital, dengan langit terbuka menerusi internet di mana-mana, pemimpin pemerintah tidak mampu lagi menyekat sebarang maklumat, semuanya sudah terbuka.
Dengan itu meninggalkan jauh media milik pemerintah kerana rakyat semakin tidak berminat kepadanya.
Oleh itu, pemimpin politik sewajarnya menyedari perubahan ini dan bersedialah menerima pelbagai pandangan dari pelbagai pihak. Keengganan menerima kritikan atau pandangan berbeza, hanya mendedahkan kelemahan pemimpin itu sendiri. – HARAKAHDAILY

Tiada ulasan:
Catat Ulasan