Seorang bekas presiden Majlis Peguam menegaskan bahawa Malaysia adalah negara sekular, seperti termaktub dalam satu penghakiman Mahkamah Persekutuan.
Bercakap dalam forum Hari Hak Asasi Dunia 2014 di Petaling Jaya semalam, Kuthubul Zaman Bukhari berkata sebarang undang-undang yang mencabuli Perlembagaan Persekutuan dianggap tidak sah, tanpa mengira sama ada ia undang-undang syariah atau sivil.
Beliau memetik penghakiman bertulis Tun Mohamed Salleh Abas, bekas hakim mahkamah agung, dalam menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang pengedar dadah Muslim.
Memetik penghakiman itu, Kuthubul berkata Mohamed Salleh menyebut bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular dan bukan negara Islam.
"Ini adalah penghakiman Mahkamah Persekutuan. Penghakiman ini masih sah.
"Setahu saya, negara ini ditadbir oleh perlembagaan sekular dan bukan perlembagaan Islamik," kata Kuthubul Zaman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan